OFFSTONE JAN EDITION 2025

7 Kesamarataan Dalam Islam Islam merupakan suatu agama yang syumul, lengkap dengan peraturan, ibadah, dan cara hidupnya. Berpandukan al-Quran dan hadis, lelaki dan wanita diberi tanggung jawab dan peranan masing-masing bagi mendapat keredaan daripada Allah SWT. Ini jelas termaktub dalam ayat al- Quran yang bermaksud “Wahai manusia sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk saling kenal-mengenal, sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah orang-orang yang bertakwa" (Al-Hujurat [49]: 13). Menurut laporan daripada sebuah akhbar tempatan, seorang Timbalan Menteri pernah mengulas mengenai kesamarataan gender sebagai “hukum Islam tidak menyebut soal hak semata-mata tetapi mengambil kira perbezaan tanggung jawab dalam meraikan perbezaan kedua-dua gender itu.” Sebagai contoh, bagi lelaki dan wanita yang berkerja, lelaki diwajibkan untuk menyediakan nafkah tempat tinggal, makanan dan segala keperluan, mana kala wanita diberi pilihan untuk menyumbang kepada ekonomi keluarga. Maka, kesamarataan gender dalam Islam meletakkan keadilan di suatu perkara yang layak dan kene pada tempatnya. Pejabat mufti Wilayah Persekutuan juga telah mengeluarkan satu artikel bertajuk “Gerakan Feminisme, Persamaan Gender dan Pemahaman Agama” bagi membahas perkara ini. Antara intisari kesimpulan daripada artikel ini adalah gerakan feminisme dan persamaan gender Barat yang berasaskan kepada pemikiran liberal dan sekular boleh merosakkan ajaran Islam dengan melakukan perubahan-perubahan hukum seperti perubahan pada syariat perkahwinan, keluarga, dan pewarisan pusaka. Pengaruh Media Sosial Tidak dapat dinafikan bahawa pada hari ini, media sosial seperti Facebook, Tik Tok, Instagram dan Youtube merupakan wadah dakwah terbaru generasi terkini. Petikan ceramah, perdebatan dan forum agama boleh disaksikan dengan mudah dan tanpa batasan. Namun, di era siber ini, terdapat golongan feminisme yang liberal dan sekular yang mula menyemai bibit-bibit api kebencian terhadap agama Islam. Di ruangan komen dan video, terdapat banyak pendapat yang mula mempertikaikan iman solat hanya daripada lelaki, pewarisan harta anak lelaki, hak bercerai, kebencian poligami dan mempertikaikan pemberian nafkah atas tiket kesamarataan. Seakan-akan pendapat yang dilontarkan tidak disokong dengan dalil-dalil agama yang sah. Pendapat negatif ini boleh menyebabkan masyarakat mula mempertikaikan hukum Allah SWT yang telah jelas termaktub sejak zaman-berzaman. Ini diburukkan lagi apabila gerakan feminisme ini mula memberi sokongan terhadap golongan transgender yang ingin menyerupai wanita. Kecelaruan gender yang semakin melarat di Barat seakan-akan terus membiak di rantau ini. Perempuan adalah perempuan dan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=