OFFSTONE JAN EDITION 2025
6 ERA PENDIGITALAN FEMINISME HARUS DIPACU DENGAN IMAN DAN TAKWA Oleh: Prof. Madya Dr. Azrul Hafiz Abdul Aziz afizz80@usim.edu.my Penulis merupakan seorang pensyarah dan pakar pergigian ortodontik di Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau berkhidmat selama 3 tahun di Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum beralih arah meyambung bakti ke USIM. Kepakaran beliau adalah di dalam bidang pergigian terutama pendakap gigi ( braces ) dan penjagaan kesihatan mulut. ABSTRACT The internet serves as a powerful tool for spreading knowledge and shaping modern thought. However, some liberal and secular feminist movements have misused cyberspace to influence the Muslim population in ways that contradict Islamic teachings. While there is nothing wrong with advocating for equal rights and opportunities for all genders, certain religious regulations must be approached with careful consideration. Pengenalan Ledakan teknologi maklumat terutamanya internet mencetuskan revolusi dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan menyebabkan perubahan pemikiran masyarakat. Setiap inci maklumat boleh dicari dengan mudah mengunakan peranti elektronik sama ada melalui komputer riba atau telefon bimbit. Namun, setiap maklumat yang diperoleh haruslah ditapis dengan nilai- nilai Islam yang sebenar. Pada era digital ini, terdapat golongan feminisme yang terlalu taksub terhadap fahaman asing yang bercanggahan dengan nilai-nilai Islam dan ketimuran. Acuan Barat yang sangat liberal dan tidak dipaksikan pada agama seakan-akan cuba dipaksakan kepada pemikiran umat islam. Menurut artikel oleh H Mohaja, feminisme secara umumnya adalah gerakan yang dimulakan oleh setiap golongan wanita bagi menghapuskan segala bentuk penindasan terhadap perempuan di dalam masyarakat patriaki untuk mencapai kesamarataan gender, sosial, ekonomi dan agama.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=