OFFSTONE JAN EDITION 2025

27 Aplikasi mudah alih seperti Duolingo , Rosetta Stone , dan Memrise kini menjadi alat utama dalam pengajaran bahasa Arab. Aplikasi-aplikasi ini menyediakan latihan berstruktur yang melibatkan pembelajaran kosa kata, tatabahasa, dan pengucapan melalui teknik gamifikasi. Kaedah ini tidak hanya memudahkan pelajar untuk belajar bahasa Arab, tetapi juga menjadikannya lebih menarik. Kajian oleh Alharbi yang dijalankan pada 2020 menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi pembelajaran ini membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka terhadap struktur bahasa Arab dengan lebih berkesan. Begitu juga dengan kajian oleh Al-Momani pada 2021 yang menunjukkan bahawa aplikasi pembelajaran bahasa dapat memperbaiki penguasaan tatabahasa dan kosa kata bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Pembelajaran Dalam Talian dan Platform E-Pembelajaran Platform pembelajaran dalam talian seperti Moodle, Google Classroom, dan Edmodo menyediakan ruang pembelajaran yang interaktif bagi pelajar bahasa Arab. Pelajar boleh mengikuti kelas secara langsung atau melalui rakaman video, yang memberikan fleksibiliti dalam cara dan masa pembelajaran. Kajian oleh Hamid et al. pada 2021 mendapati bahawa pengajaran bahasa Arab melalui platform dalam talian ini membantu pelajar mengatasi kekangan ruang dan waktu, serta meningkatkan pencapaian akademik mereka. Selain itu, menurut kajian oleh Al-Dosari pada 2022, pengajaran bahasa Arab secara dalam talian telah mengurangkan jurang geografi dalam kalangan pelajar dari pelbagai negara, memberikan akses yang lebih luas kepada pelajar. Media Sosial Sebagai Alat Pembelajaran Media sosial, seperti YouTube, Instagram, dan TikTok, semakin popular sebagai alat bantu mengajar bahasa Arab. Banyak guru dan institusi pendidikan menggunakan platform tersebut untuk menyediakan kandungan pembelajaran dalam bentuk video dan tutorial pendek yang menarik. Penggunaan media sosial ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dalam suasana yang lebih santai dan tidak formal. Satu kajian oleh Al-Shamrani pada 2022 menunjukkan bahawa penggunaan media sosial dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar bahasa Arab, kerana ia menawarkan pendekatan yang lebih fleksibel dan mudah diakses. Media sosial juga memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi sesama mereka seperti membincangkan topik bahasa Arab secara langsung serta membentuk komuniti pembelajaran dalam talian (Zainuddin et.al, 2020). Perspektif Islam dalam Pembelajaran Bahasa Arab Digital Islam mengutamakan pengetahuan dan pendidikan sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam konteks pembelajaran bahasa Arab, digitalisasi

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=