OFFSTONE JAN EDITION 2025
24 Organisasi lain seperti Women in Tech Malaysia juga memainkan penting dalam menghubungkan wanita dengan industri teknologi, menawarkan program latihan, seminar, dan peluang rangkaian untuk wanita Malaysia yang ingin menceburi bidang teknologi. Penggunaan #WomenInTechMy juga digunakan menerusi platform dalam talian untuk mempromosikan penyertaan wanita Malaysia dalam industri teknologi serta untuk menarik perhatian terhadap isu kurangnya penyertaan wanita dalam bidang-bidang tersebut. Inisiatif ini memberi ruang untuk wanita membina kemahiran yang relevan dengan perkembangan industri masa kini, selain menyediakan platform untuk memperjuangkan hak dan peranan wanita dalam dunia teknologi. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan jumlah wanita yang mendaftar untuk kursus STEM di universiti-universiti tempatan. Ini mencerminkan perubahan sikap yang positif terhadap penyertaan wanita dalam bidang teknologi dan sains, yang sebelum ini sering didominasi oleh lelaki. Menurut laporan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), terdapat peningkatan lebih daripada 30 peratus dalam bilangan wanita yang menyertai program pendidikan STEM dalam tempoh lima tahun terakhir. Program ini berjaya menarik lebih ramai wanita untuk mengejar karier dalam bidang teknologi, kejuruteraan, dan sains komputer, yang menunjukkan bahawa lebih ramai wanita Malaysia kini menyedari pentingnya pendidikan dalam bidang ini sebagai persediaan untuk masa depan yang lebih berdaya saing. Cabaran Pemerkasaan Wanita dalam Era Digital di Malaysia Namun begitu, terdapat beberapa cabaran utama yang masih dihadapi oleh wanita di Malaysia dalam memanfaatkan teknologi. Salah satunya adalah akses kepada teknologi yang masih menjadi isu penting, terutamanya di kawasan luar bandar dan golongan wanita berpendapatan rendah. Keterbatasan akses internet dan kemudahan teknologi yang tidak mencukupi membataskan kemampuan mereka untuk mengambil bahagian dalam program pendidikan atau latihan dalam talian. Selain itu, norma sosial dan stereotaip terhadap jantina masih wujud dalam masyarakat Malaysia. Walaupun terdapat banyak perubahan, masih ada anggapan bahawa wanita tidak sesuai atau tidak mampu untuk berjaya dalam bidang-bidang yang memerlukan kemahiran teknikal seperti teknologi dan sains. Stereotaip jantina ini mempengaruhi minat dan keyakinan wanita untuk memasuki industri yang biasanya didominasi oleh lelaki. Penutup Pemerkasaan wanita dalam era digital di Malaysia bukan sahaja melibatkan akses kepada teknologi, tetapi juga usaha untuk mengubah norma sosial dan memperkukuh sokongan kepada wanita dalam dunia yang semakin canggih. Dari perspektif Islam, wanita turut diberi hak untuk mendapatkan akses ilmu dan berkarier. Inisiatif pemerkasaan wanita
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=