OFFSTONE JAN EDITION 2025

22 PEMERKASAAN WANITA DALAM ERA DIGITAL DI MALAYSIA Oleh: Dr. Kartini Kamaruzzaman, Dr. Norsimaa Mustaffa, Prof. Madya Dr. Khairunneezam Mohd Noor & Dr. Safiyyah Ahmad Sabri kartinikamaruzzaman@usim.edu.my Penulis pertama adalah pensyarah kanan, program Komunikasi Media Baharu, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Beliau mendapat pendidikan doktor falsafah di University of Leicester, United Kingdom (UK) dan kajian beliau adalah berkaitan aktivisme digital serta Islam dan media baharu. ABSTRACT Women in Malaysia play a crucial role in the country’s social and economic development but continue to face significant challenges in achieving full empowerment, particularly in the digital era. Technology offers opportunities to overcome social, economic, and educational barriers by providing platforms for skill enhancement. While initiatives exist to empower women in tech, challenges such as limited access and gender stereotypes persist. Sustainable empowerment requires shifting social norms and improving access to technology. Pengenalan Wanita di Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ekonomi, dan budaya negara. Namun, meskipun terdapat banyak kemajuan dalam meningkatkan kedudukan wanita, masih terdapat cabaran yang besar untuk mencapai pemerkasaan sepenuhnya dalam pelbagai aspek kehidupan. Salah satu cabaran terbesar adalah untuk memastikan wanita dapat memanfaatkan peluang yang tersedia dalam era digital. Dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat, pendigitalan menjadi wadah dan proses penting yang mampu memberi ruang kepada wanita untuk mengatasi halangan sosial, ekonomi, dan pendidikan yang selama ini membataskan peranan mereka dalam masyarakat. Artikel ini

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=