OFFSTONE JAN EDITION 2025
20 sebagai manusia. Maka, feminisme Islam dilihat berupaya memelihara peranan wanita tanpa meniru model masyarakat patriarki. Di Malaysia, seawal abad ke-20 lagi feminisme diperjuangkan oleh tokoh seperti Za’ba menerusi akses pendidikan formal kepada wanita Melayu yang memberi pelbagai peluang kepada wanita untuk mengembangkan bakat dan memberi sumbangan kepada negara. Selain itu, hari ini feminisme di Malaysia dipelopori oleh organisasi seperti Sisters in Islam (SIS). SIS menggalakkan pemahaman Islam dalam isu isu berkaitan feminisme termasuk poligami, penjagaan anak dan keganasan rumah tangga seta pendidikan wanita. Di luar negara seperti di Mesir misalnya, Qasim Amin giat memperjuangkan pendidikan wanita dan menolak amalan dan tradisi lama yang menindas wanita serta membuatkan golongan wanita ketinggalan. Di Pakistan, sosok terkenal seperti Malala Yousafzai menjadi simbol feminisme yang utuh dan menjadi teladan serta memberi motivasi kepada begitu ramai orang seluruh dunia terutama dalam bidang pendidikan. Di Iran pula, golongan wanitanya memperjuangkan reformasi undang-undang berasaskan syariah bagi memastikan hak mereka diiktiraf. Penutup Kita tidak perlu keliru lagi tentang feminisme Islam dan feminisme Barat dari segi anjuran hak kepada wanita. Kekeliruan ini boleh berpunca daripada budaya tradisi yang kadang kala lebih kuat daripada pemahaman terhadap agama itu sendiri. Hal ini jika tidak diubah boleh menyebabkan penindasan berterusan berlaku kepada wanita dan wanita tidak akan boleh melangkah maju ke hadapan seiring dengan perkembangan dunia yang semakin cepat berkembang malah tanpa sempadan. Dengan kefahaman dan praktis feminisme Islam yang sebenar akan membantu golongan wanita untuk terus menonjol dalam pelbagai bidang dan ini sekaligus menunjukkan bahawa prinsip feminisme yang dibawa oleh Islam adalah relevan dengan cabaran semasa. BIBLIOGRAFI Amin, Q. (2000). The Liberation of Women and The New Woman. Barlas, A. (2002). "Believing Women" in Islam: Unreading Patriarchal Interpretations of the Quran. Sisters in Islam. (2023). Sisters in Islam Official Website. Ahmed, L. (1992). Women and Gender in Islam: Historical Roots of a Modern Debate.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=