OFFSTONE JAN EDITION 2025

19 SEJARAH FEMINISME DARI PERSPEKTF ISLAM Oleh: Dr. Siti Suriani Othman suriani@usim.edu.my Penulis adalah pensyarah kanan, program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Beliau mendapat pendidikan doktor falsafah di Nottingham Trent University, United Kingdom (UK), dalam bidang kewartawanan. Minat kajian beliau adalah kewartawanan cetak dan dalam talian di Malaysia. ABSTRACT Islamic feminism, rooted in Quranic and prophetic teachings, emphasizes justice and women's rights in inheritance, education, and social participation. Unlike Western feminism, it aligns equality with justice without replicating patriarchal norms. In Malaysia and globally, activists advocate for reform, balancing religious identity with gender equality despite cultural challenges. Pengenalan Sejak awal lagi, Islam telah memberi penghormatan kepada wanita dan mengelakkan berlakunya penindasan kepada golongan ini. Wanita yang umumnya dipandang lemah oleh masyarakat, dilihat mempunyai kekuatan tersendiri dalam Islam. Islam meletakkan wanita pada haknya, seperti hak mewarisi harta, hak mendapat pendidikan serta memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ini dapat dilihat menerusi pelbagai peranan wanita di seluruh dunia termasuk Malaysia, yang menyumbang dalam pelbagai cara. Aisyah RA sendiri misalnya adalah seorang wanita yang berpengaruh dan disegani ramai pada zamannya. Beza Feminisme Islam dan Barat Justeru, harus kita fahami bahawa ada bezanya antara feminisme Islam dan fahaman feminisme yang dibawa oleh Barat. Feminisme Islam adalah berlandaskan anjuran al-Quran dan hadis manakala feminisme Barat terhad kepada hak-hak wanita dari aspek hak asasi

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=