OFFSTONE JAN EDITION 2025

13 digital membolehkan wanita daripada pelbagai latar belakang berkongsi pengalaman mereka, mencetuskan perbincangan meluas dan mendesak tindakan segera daripada pihak berkuasa. Gerakan ini tidak hanya berlaku di negara-negara Barat, malah di rantau Asia, termasuk Malaysia, wanita semakin menggunakan platform digital untuk menyuarakan ketidakadilan yang dialami. Hashtag seperti #MakeSchoolASaferPlace dan #AkuBukanDagang di Malaysia, misalnya, telah menjadi simbol keberanian untuk melawan penindasan terhadap wanita di institusi pendidikan dan dunia pekerjaan. Namun begitu, perkembangan feminisme digital tidak terlepas daripada cabaran. Antara isu utama ialah keganasan siber terhadap wanita, termasuk ugutan, penyebaran maklumat peribadi tanpa izin, dan penghinaan dalam talian. Dalam konteks ini, Islam menawarkan panduan moral yang jelas. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 12 melarang penyebaran fitnah dan penghinaan sesama manusia, termasuk dalam ruang digital: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain.” Prinsip ini menekankan tanggung jawab moral pengguna teknologi digital, termasuk wanita, untuk menjaga adab dalam berinteraksi secara dalam talian. Feminisme Digital Dari Perspektif Ekonomi, Pendidikan, Sosial dan Global Dari perspektif ekonomi, feminisme digital turut memainkan peranan penting dalam mempromosikan akses wanita kepada peluang ekonomi digital. Di Malaysia, program seperti eUsahawan dan Go-eCommerce membantu wanita, terutama di kawasan luar bandar, untuk melibatkan diri dalam perniagaan dalam talian. Pendekatan ini sejajar dengan seruan Islam agar wanita diberikan ruang untuk berperanan dalam ekonomi keluarga dan masyarakat, seperti yang ditunjukkan oleh Saidatina Khadijah RA, seorang tokoh usahawan yang dihormati dalam sejarah Islam. Dari perspektif pendidikan, feminisme digital menekankan keperluan literasi digital yang lebih inklusif, khususnya untuk wanita dan kanak-kanak perempuan. Teknologi memberikan peluang untuk meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan, tetapi masih terdapat jurang digital yang membatasi potensi wanita, terutama di kawasan luar bandar. Cuba kita telusuri satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud, “Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim.” Maksud hadis ini relevan dalam konteks ini iaitu penekanan keutamaan pendidikan untuk semua tanpa mengira jantina. Walau bagaimanapun, feminisme digital di Malaysia juga menghadapi cabaran dari aspek penerimaan sosial. Gerakan ini kadang kala dianggap bercanggah dengan nilai tradisional dan norma budaya. Namun, perbincangan yang lebih mendalam menunjukkan bahawa feminisme digital tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam apabila ia memperjuangkan keadilan, kesaksamaan, dan maruah wanita. Dalam hal ini, firman Allah

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=