OFFSTONE JAN EDITION 2025
10 memastikan hak hak wanita dilindungi. Digital feminisme membuka perspektif yang lebih luas dari segi peranan wanita dalam dunia digital. Feminisme Digital di Malaysia Di Malaysia, kempen-kempen seperti #MeToo dan #MakeSchoolASaferPlace memberi perhatian kepada golongan wanita berkaitan keganasan seksual dan gangguan di tempat kerja. Dari segi penglibatan wanita dalam teknologi digital, antara penglibatan yang ketara ialah penyertaan dalam kempen media sosial. Pelbagai interaksi dalam dunia digital yang melibatkan wanita yang menyokong agenda feminisme dilihat sebagai bentuk penglibatan yang boleh meningkatkan perbincangan dan kesedaran tentang isu isu berkaitan wanita di peringkat nasional dan global. Selain itu, feminisme digital juga memberi peluang yang luas untuk berlakunya perkongsian pengetahuan melalui teknologi digital seperti podcast dan video di YouTube yang amat berguna untuk mendidik masyarakat tentang isu-isu feminisme. Platform-platform lain seperti TikTok dan Instagram juga nampaknya semakin hari semakin popular dalam memainkan peranan dalam menyampaikan mesej bentuk visual yang kreatif dan berjaya meraih perhatian khalayak. Ini sekaligus merapatkan jurang antara aktiviti-aktiviti anjuran aktivis feminisme traditional dan digital. Lebih menarik, keterbukaan ruang digital membuka ruang untuk pengumpulan dana dibuat dengan lebih mudah dan global. Misalnya, platform crowdfunding seperti GoFundMe boleh digunakan dalam menyokong mangsa keganasan terpinggir yang mungkin memerlukan dana untuk membantu mereka. Namun, perkembangan positif ini tidak pernah lari daripada cabaran. Antara yang jelas ialah keterbatasan akses kepada teknologi yang mengehadkan peluang untuk wanita berperanan aktif dalam konteks digital feminisme. Jurang digital antara bandar dan luar bandar adalah antara fenomena yang berlaku dari segi gerakan feminisme. Tambahan lagi, berlaku ancaman dan gangguan dalam talian yang boleh menjejaskan motivasi golongan wanita untuk menyuarakan kes kes berkaitan wanita. Dengan peluang peluang yang terbuka, kita dapat lihat digital feminisme berupaya menjadi pemangkin kepada perubahan sosial yang lebih besar berbanding era sebelumnya. Dalam hal ini, kebersamaan harus berlaku antara pihak pihak terlibat untuk memperluas akses teknologi dan melindungi hak hak aktivis dalam talian. Penutup Sungguhpun begitu, tidak dinafikan ada sarjana Islam yang menolak pemikiran feminisme kerana dilihat mempunyai nilai Barat yang berbeza dengan ajaran Islam terutama daripada peranan gender. Namun dari sudut pandangan yang lebih progresif, digital feminisme dilihat
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=