OFFSTONE JAN EDITION 2025

9 FEMINISME DIGITAL MEMPERKASA WANITA Oleh: Dr. Siti Suriani Othman suriani@usim.edu.my Penulis adalah pensyarah kanan, program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Beliau mendapat pendidikan doktor falsafah di Nottingham Trent University, United Kingdom (UK), dalam jurusan kewartawanan. Minat kajian beliau adalah kewartawanan cetak dan dalam talian di Malaysia. ABSTRACT This article explores the role of digital feminism in promoting awareness and discussions on women's issues nationally and globally. Digital platforms like podcasts, YouTube, TikTok, and Instagram have become powerful tools for sharing knowledge and raising awareness on feminist topics, enabling activists to reach a wider audience. However, challenges such as limited access to technology, particularly between urban and rural areas, and online harassment remain significant barriers. Pengenalan Keupayaan wanita untuk menggunakan teknologi dalam mewujudkan pelbagai peluang kepada diri sendiri dan menyuarakan isu-isu berkaitan wanita seperti kesaksamaan jantina, representasi wanita dalam media dan sebagainya adalah antara contoh bagaimana digital feminisme membantu meningkatkan martabat wanita di seluruh dunia walaupun dengan cabaran yang berbeza-beza. Feminisme digital menjadi agenda penting dalam era teknologi maklumat dan semakin relevan terutama dengan alat teknologi yang murah dan mudah akses seperti media sosial. Keberadaan dan kecelikan teknologi ini memudahkan wanita untuk terlibat dalam pelbagai bentuk seperti advokasi, pendidikan serta mobilisasi masyarakat. Umumnya, feminisme adalah satu gerakan sosial dan pemikiran bertujuan memperjuangkan kesetaraan gender dan melenyapkan diskriminasi terhadap wanita dan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=