MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020
Tinta Pensyarah 5 SANTUNAN AKIDAH ADALAH INKLUSIF UNTUK SEMUA Oleh: Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali Pensyarah Kanan, Program Pengajian Akidah dan Agama, USIM “Mesej Islam ini sebenarnya untuk siapa? Untuk kita sahaja ke?” Inilah soalan pertama yang saya terima daripada sahabat dan guru saya, Dr. Haji Norakyairee Mohd Raus, lebih belasan tahun dahulu. Saya sebenarnya kurang faham dengan soalan umum begini. Bagaimana mungkin seorang ustaz atau seorang pensyarah kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah bertanya soalan mudah begini? Quo vadis atau mahu ke mana sebenarnya? Jawab saya: “Islam ini mesejnya adalah rahmat buat sekalian alam. Untuk manusia, jin, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau, langit, bulan, bintang dan alam ini semuanya. Kita semuanya dari hari alastu (rujuk surah al-A’raf 7: ayat 172) sudah pun Muslim dan Hanif. Cuma bila tiba ke dunia, ada yang lalai dan lupakan hakikat tauhid ini.” Sampai di sini, sahabat saya ini terus menyatakan soalannya dengan tuntas. “Bagaimana pula kepada mereka yang kelainan upaya atau kurang upaya? Bagaimana pula dakwah kepada mereka? Yang buta, pekak dan bisu? Apakah tanggungjawab dakwah kita kepada mereka?”. Soalan sahabat saya ini memang sangat padu dan sangat membukakan mata. Jika kita dah sampaikan mesej Islam kepada mereka yang sempurna anggota, bagaimana pula dengan mereka yang OKU atau orang kurang upaya ini? Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) telah banyak kali mengadakan program dakwah dan Islamic
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=