MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020

Tinta Pensyarah 4 perhubungan dan perjumpaan fizikal tidak berlaku, sebaliknya itu bukanlah pra syarat untuk tidak menghormati pendidik dan para guru. Ibu bapa juga harus memainkan peranan yang penting mengemudi nilai-nilai murni dalam diri anak mereka. Hakikatnya, sebagai seorang pelajar, resepi kejayaan yang sebenar datang dari rasa hormat kepada guru yang disemat dengan teguh di dalam hati, fokus sepenuh perhatian semasa sesi pembelajaran dan mengelakkan perkara yang boleh mengundang kelalaian seperti melayari media sosial atau permainan aplikasi telefon pintar dalam jangkamasa yang lama. Selain itu, setiap teguran atau nasihat yang baik disampaikan oleh seorang pendidik perlu diambil tanpa membantah. Hal ini kerana, setiap teguran tersebut adalah untuk kebaikan diri pelajar itu sendiri. Dengan kecanggihan teknologi komunikasi yang wujud kini, pelajar juga tidak seharusnya menjadikan platform medial sosial untuk memuatnaik status atau video yang bertujuan untuk menghina dan mengecam guru. Ini hanya menyebabkan hilangnya keberkatan dalam proses menuntut ilmu. Pelajar juga digalakkan untuk mendoakan kesejahteraan guru- guru yang mendidik mereka sebagai satu tanda penghargaan atas pengorbanan yang telah dicurahkan. Konklusinya, untaian bait warisan nusantara “…berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi” membawa laras makna mendalam bahawa menuntut ilmu itu bukan sekadar main-main dan bukan bermatlamat sekadar tercatat cemerlang di sijil mahupun mencapai purata matagred yang tinggi sahaja, tetapi ia satu tuntutan utama yang berkait dengan soal keberkatan. Sehubungan itu, setiap aspek perlu dijaga bagi membawa keberkatan ilmu dalam kehidupan sekali gus membentuk potensi diri yang optimum dan pembangunan nilai diri yang seimbang. “Sesungguhnya ibu bapa adalah sebab kewujudan seorang anak di muka bumi ini, namun kehidupan ini akan binasa. Sedangkan guru sebab kepada kejayaan abadi seseorang di akhirat yang kekal selamanya.”

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=