MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020

Tinta Pensyarah 3 menyatakan “ Sesungguhnya ibu bapa adalah sebab kewujudan seorang anak di muka bumi ini, namun kehidupan ini akan binasa. Sedangkan guru sebab kepada kejayaan abadi seseorang di akhirat yang kekal selamanya” . Berdasarkan kata- kata Imam Al-Ghazali ini tidak dinafikan bahawa hadirnya guru membawa kejayaan dalam kehidupan setiap individu. Guru menjadi penyuluh dalam kegelapan, memberi sinar harapan kepada anak didik untuk terus bangun dan melakar kejayaan dalam kehidupan. Ilmu yang disampaikan menjadi manfaat dan panduan hidup sepanjang zaman dan merungkai setiap kejahilan yang ada dalam diri. Oleh itu, pentingnya adab berguru dipraktikkan selama menuntut ilmu, hal ini ditekankan kerana tingginya martabat seorang guru dalam perjuangan mereka menyampaikan ilmu kepada anak didik. Jika diteladani dari golongan salaf umpamanya, mereka amat menghormati para guru. Hal ini dapat dilihat dalam kisah Imam Syafie RA menuntut ilmu bersama Imam Malik di mana beliau tidak berani menyelak helaian kitabnya melainkan dengan cara yang amat perlahan kerana bimbang bunyi yang terhasil boleh mengganggu ketenteraman gurunya. Bagaimanapun, tika ini kita dapat lihat berlakunya kesongsangan dalam aspek menghormati guru. Majoriti pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam prestasi akademiknya tidak melihat kejayaan mereka adalah hasil paduan ilmu dan keberkatan dari para guru yang mendidik mereka. Akhirnya kejayaan yang diperoleh hanya memenuhi tuntutan intelek sistem pendidikan, namun gagal dalam aspek pembinaan jati diri dan akhlak mulia yang menjadi salah satu dokongan utama dalam falsafah pendidikan kebangsaan negara. Seiring dengan peredaran zaman, jiwa manusia juga dilihat turut berubah. Bahkan, dalam arus kecanggihan teknologi dan kemewahan infrastruktur pembelajaran memberi impak serta cabaran terbesar kepada pelajar. Justeru, setiap pelajar harus sedar dan peka dengan permasalahan ini. Meskipun pembelajaran secara dalam talian menjadi medium utama pengajaran dan pembelajaran masakini telah menyebabkan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=