MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020

Tinta Pensyarah 2 Terdapat pelajar yang berani mengherdik, melawan arahan dan mengkhianati gurunya dek kerana emosi serta dendam yang tersimpan. Bahkan dalam dunia teknologi dan aplikasi pintar pada hari ini, terdapat pelajar yang membuat fitnah, memuat turun status di media sosial dengan memburuk-burukkan guru mereka. Di manakah letaknya nilai-nilai murni sebagai seorang pelajar yang sedang menimba ilmu bersama guru? Hakikatnya, ibu bapa memainkan peranan sebagai pendidik di rumah, manakala rakan dan persekitaran juga ibarat pendidik sosialisasi yang seharusnya membentuk adab seseorang. Namun begitu, kegagalan berbuat demikian akhirnya menyebabkan semua pihak meletakkan tanggungjawab utama mengajar dan membentuk akhlak disandarkan kepada pendidik ilmu disekolah dan di institusi pengajian tinggi. Ibarat kata pepatah melayu “melentur buluh biar dari rebungnya” membawa konotasi bahawa ibu bapa perlu menyemai adab sopan menuntut ilmu dan berguru agar ilmu yang diperoleh mendatangkan keberkatan dan selaras dengan matlamat untuk menuju kejayaan di dunia dan akhirat. Dalam menuntut ilmu, adab menghormati guru merupakan intipati penting yang perlu ada dalam diri setiap pelajar. Setiap pelajar wajib menghormati gurunya agar ilmu yang dipelajari mendatangkan keberkatan dan keredhaan Allah. Hal ini diungkapkan dalam hadis riwayat Imam Ahmad bahawa Rasulullah SAW bersabda: “ Bukanlah di kalangan umatku mereka yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, mereka yang tidak menyayangi anak kecil dan mereka yang tidak memberikan hak kepada guru kami” . Baginda menyarankan agar memberikan hak kepada guru dengan menzahirkan rasa hormat dan sopan apabila berguru. Sahabat baginda juga amat menghormati Rasulullah dengan merendahkan suara dan tidak memberikan pandangan yang tajam kepada baginda. Situasi ini diperlihatkan dalam hadis riwayat Imam al- Bukhari yang memerihalkan bahawa para sahabat bercakap dengan suara yang rendah (bersopan) ketika bertutur dengan Baginda SAW serta tidak menajamkan pandangan mereka (merenung dengan tajam) kerana menghormati Rasulullah. Memetik kata-kata Ulama tersohor Imam Al-Ghazali dalam karya beliau Ihya’ Ulum al-Din, di mana beliau juga mengangkat martabat guru dengan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=