MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020

Kalam siswa 20 Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Oleh :Mastura binti Haji Abd Wahab, Mahasiswa Sarjana Sains Sosial, USIM. Islam adalah agama yang dianuti oleh pelbagai kaum, bangsa dan keturunan. Islam juga menitikberatkan sifat toleransi ( tasāmuḥ ), kerjasama ( ta c āwun ) dan kasih sayang ( maḥabbah ) sesama manusia juga kepada makhluk lain. Oleh itu, agama Islam merupakan agama yang sangat mulia di sisi Allah swt. Tidak ada agama lain atau perkara lain yang dapat menandingi ketinggian Islam. Sabda Rasulullah saw: الإسلام يعلو .ولا يعلى Maksudnya: Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia mengandungi 15 bahagian, 183 Perkara dan 13 jadual. Perkara 3(1) dalam perlembagaan menyatakan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Hal ini bertujuan bagi menjamin kedudukan orang bukan Islam serta menjamin perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia. Hal ini juga menunjukkan adanya konsep toleransi beragama antara kaum di Malaysia. Peruntukan- peruntukan lain mengenai Islam dalam perlembagaan adalah seperti Perkara 3(3) iaitu Yang di- Pertuan Agong sebagai ketua bagi agama Islam di seluruh negara. Perkara 11(4) pula berhubung sekatan dan kawalan pengembangan kepercayaan dan doktrin. Perkara ini bermaksud peruntukan kebebasan beragama (Perkara 8) tidak bermaksud bahawa orang bukan Islam boleh sewenang-wenangnya menyebarkan dakyah atau doktrin agama mereka kepada orang Islam di Malaysia. Selain itu, Perkara 12(2) menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri boleh memperuntukkan perbelanjaan dari segi kewangan dan juga bantuan lain kepada institusi- institusi Islam. Agama seseorang yang di bawah umur lapan belas

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=