MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020
Aktiviti 18 memenuhi keperluan-keperluan seharian dan ibadah kepada masyarakat Muslim disana seperti sejadah, telekung, makanan asasi kepada 20 keluarga termiskin dan pakaian terpakai kepada 70 orang penduduk Kampung Baan Khao Fark yang kami bawakan daripada Malaysia. Misi GISO kami adalah meringankan dan membantu seberapa yang boleh bagi memudahkan kehidupan para penduduk kampung yang kurang bernasib baik untuk terus beristiqamah dalam mengabdikan diri kepada Sang Pencipta. Hal ini kerana Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda bahawa “kemiskinan itu dekat kepada kekufuran.” Imam Surau Kampung Baan Khao Fark dalam ucapan beliau mengharapkan agar aktiviti-aktiviti seperti yang telah kami jalankan di kampung Baan Khao Fark tempoh hari diperbanyakkan lagi daripada pihak USIM, kerana menurut beliau kehadiran kami menginspirasikan generasi muda di kampung untuk menjadi lebih baik. Pada hari yang sama kami sempat berkongsi resepi masakan Malaysia iaitu Kurma Ayam. Penduduk kampung begitu bersemangat membantu proses penyediaan dan pengagihan makanan kepada penduduk kampung yang menyertai program kami pada hari tersebut. Travelog Mahabbah kami turut melawat pulau yang berdekatan di sekitar Pantai Ao Nang seperti di Pantai Railey yang berada di sebuah pulau tidak begitu jauh dari Pantai Ao Nang bagi memenuhi objektif GISO kami. Keterujaan menaiki bot sekitar 25 minit seakan tidak terasa kerana disajikan dengan pemandangan lautnya yang indah. Peluang untuk Scuba Diving di kawasan laut yang sangat cantik tidak akan dapat kami lupakan. Sehubungan dengan itu, kumpulan travelog kecil ini dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung berharap agar segala usaha yang dicurahkan diterima masyarakat secara positif. Gerak kerja
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=