MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020

Aktiviti 17 Travelog Mahabbah di Krabi, Thailand (GISO 2020) Oleh: Mohd Anuar Bin Ag Damit, Mahasiswa Program Akidah dan Agama, USIM. KRABI THAILAND, 30 JANUARI- seramai 17 orang mahasiswa daripada Program Pengajian Akidah dan Agama tahun 4 telah mengadakan kunjungan kepada masyarakat Islam di Krabi Thailand selama 6 hari, 5 malam bermula pada 25 Januari. Kunjungan ini dinamakan Travelog Mahabbah di Krabi Thailand yang diketuai oleh saudara Mohd Anuar Bin Ag Damit dan seorang guru pengiring iaitu Dr. Marina Munira Binti Abdul Mutalib Penduduk beragama islam di Thailand merupakan kumpulan minoriti yang mewakili sekitar 4 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Thailand. Namun begitu, 46 peratus daripada angka itu berada di Krabi yang mana antara kegiatan ekonomi utama daerah ini berasaskan pelancongan. Antara industri yang agak terkenal di Krabi yang sempat kami lawati adalah industri pengeksportan gajus. Menurut pengusaha kilang gajus yang kami lawati, beliau berkata bahawa industri ini membuka banyak peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan dan seterusnya memberi sumbangan yang agak besar kepada perkembangan ekonomi Thailand. Global Islamic Student Outreach (GISO) yang mensasarkan libatsama mahasiswa bersama masyarakat di peringkat antarabangsa memberi peluang kepada kami untuk berkenalan bersama pelajar-pelajar pondok peringkat menengah dan rendah, Anubarn Wangthong. Perkongisian dan penglibatan para pelajar sepanjang aktiviti yang kami jalankan serba sedikit memberi motivasi kepada mereka untuk terus berusaha menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi. Sesi perkongsian dan aktiviti-aktiviti sukaneka yang kami jalankan diadakan sebanyak dua sesi dalam masa dua hari. Encik Rushdy Thaokloy selaku pengetua Sekolah Anubarn Wangthong menyatakan dalam ucapan penutupan program bahawa beliau amat berbesar hati atas kunjungan ringkas pihak USIM ke sekolah beliau dalam memberi ransangan semangat kepada para pelajar dan anak didik di bawah jagaan beliau. Skop GISO bukan terhenti pada perkongsian ilmiah sahaja, malah kami juga turut menyumbangkan sumbangan material untuk

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=