MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020
Artikel Umum 16 Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kita daripada menerima sumber yang salah atau meragukan. Firman Allah SWT yang bermaksud,” Dan tidaklah Kami mengutuskan rasul-rasul sebelum kamu (Wahai Muhammad) melainkan daripada kalangan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu, bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui .” (Surah Al-Nahl: 43). Sehubungan dengan itu, sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT yang berpegang kepada aliran akidah ahli Sunnah Wal Jamaah seharusnya menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam sesuatu perkara. Janganlah kita dengan mudah menentukan sesuatu hukum atau mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa merujuk kepada sumber yang sahih atau individu yang memiliki kelayakan serta kefahaman yang berkaitan. Janganlah di kalangan kita juga, menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti akan kesahihannya sehingga mencetuskan kefahaman yang pelbagai di kalangan masyarakat. Peliharalah agama Islam dengan sebaiknya kerana Allah SWT telah mengatur kehidupan kita sebaiknya sebagai Islam. Jangan putus asa untuk terus memahami Islam dengan sebaiknya walaupun kita dilahirkan dalam Islam. Namun kita haruslah terus mempelajari ilmu-ilmu dalam memperkasakan agama sendiri demi memantapkan akidah sedia ada. Firman Allah SWT yang bermaksud ,” Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam) kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu daripada jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa .” (Surah Al-An’am: 153)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=