MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020
Artikel Umum 15 mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain) maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar .” (Surah An-Nisa’: 48). Memilih jalan singkat dan mudah terpengaruh, menjadi punca kebanyakkan individu terjebak dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan syirik. Sedangkan dalam Islam kita diajar untuk merujuk sumber yang sahih & tidak bercanggah dengan syariat. Kadang kala kita telah mengetahui perbuatan sebegitu salah, namun kerana lemahnya pendirian diri maka kita turuti juga hasutan syaitan yang sudah tentu mahu menyesatkan kita serta memastikan kita lupa kepada Pencipta Yang Maha Berkuasa. Janganlah mudah terpedaya dengan hasutan yang boleh membawa kita melakukan dosa-dosa besar sebegitu. Sekali kita terpaut, tiada jalan lain melainkan taubat nasuha adalah jalan penyelesaiannya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,” Wahai seklaian manusia, sesungguhnya aku telah tinggalkan buat kamu (dua perkara) selagimana kamu berpegang dengannya, maka kamu tidak akan sesat selama- lamanya, iaitu Kitabullah (Al- Quran) dan Sunnah NabiNya (Sunnah Nabi SAW) ” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi) Oleh yang demikian, nilai- nilai Islam itu perlu diterapkan dalam kehidupan seharian agar akidah itu dapat dijaga dengan sebaiknya. Sentiasa berwaspada dengan ancaman lidah yang kadang kala kita sendiri tidak menyedari dengan ungkapan yang terhasil daripada lisan kita sendiri. Bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa. Maka sebagai seorang Muslim, kita perlu berfikir dengan waras terlebih dahulu sebelum bertindak dalam sesuatu perkara. Hal ini adalah penting agar kita tidak mudah menjerumuskan diri ke arah yang bertentangan dengan akidah dan faham yang sebenar. Berpeganglah kepada akidah ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai sumber fahaman kita agar tidak timbul salah faham di kalangan masyarakat dan juga sesama kita. Tuntutlah ilmu daripada seseorang yang mempunyai kepakaran dan ilmu berkaitan kefahaman akidah sekiranya kita tidak megetahui hal-hal yang berkaitan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=