MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020
Artikel Umum 14 Rasul, percaya kepada kitab Allah, percaya kepada hari kiamat dan percaya kepada qada’ qadar. Kedua-dua rukun Islam dan iman ini sudah tentu berkait rapat dengan kita sebagai seorang Muslim yang bertaqwa kepada Allah SWT. Dalam kehidupan seharian, kita perlu sentiasa berwaspada dalam tingkah laku dan percakapan yang terhasil daripada diri sendiri. Ini adalah kerana jika kita tersalah langkah mahupun tersilap dalam tutur bicara, sudah tentu akan memberi kesan kepada akidah kita sama ada kita sedari atau tidak. Termasuklah apabila kita menyandarkan sesuatu itu selain kepada Allah SWT walaupun bagi kita, hanya sekadar percakapan biasa. Sebagai contoh yang boleh diambil adalah berkaitan dengan seseorang dan ubat-ubatan. Kita sering mendengar apabila seseorang itu sakit dan sudah tentu akan diberikan ubat untuk dimakan bagi menghilangkan atau mengurangkan rasa sakit tersebut. Namun, kesilapan yang sering dilakukan apabila kita menyebut seperti,” Nasib baik ada ubat ini, rasa lega sakit ini.” Atau “Mujur ubat ini masih ada, kalua tidak mungkin penyakit ini akan melarat.” Sedangkan sesuatu kesakitan dan kesembuhan itu adalah datang daripada Allah SWT. Apabila kita tidak berwaspada dalam tutur bicara, dikhuatiri akan menjejaskan atau menganggu akidah kita walaupun bukan akidah yang besar, tetapi sangat penting dalam mengukuhkan keimanan kita. Dalam hal yang lain pula, akidah perlu dipelihara dengan sebaiknya daripada terjerumus ke lembah maksiat dengan menyekutukan Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa. Walaupun dunia telah melangkah ke zaman yang boleh disebut sebagai dunia serba canggih disebabkan teknologi yang semakin maju, masih ada di kalangan masyarakat yang mengamalkan perkara-perkara yang syirik sekaligus menyandarkan sesuatu selain Allah SWT. Amalan-amalan ilmu hitam, menyembah sesuatu selain Allah, menggunakan tangkal sebagai pelindung diri dan sebagainya merupakan perkara syirik yang haram di sisi agama Islam. Firman Allah SWT,” Sesungguhnya Allah tidak akan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=