MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020

Artikel Umum 13 AKIDAH MENCERMINKAN KEIMANAN SESEORANG Oleh: Rafiuddin Bin Mohd Yusof Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Unit Hal Ehwal Islam, UITM Kampus Segamat Johor. Manusia diciptakan oleh Allah SWT di atas muka bumi ini bersama-sama dengan makhluk yang lain sebagai tanda bukti kekuasaan Tuhan Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. Sudah tentu sebagai seorang yang beriman, kita hendaklah sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita sebagai hambanya. Lebih-lebih lagi dua nikmat yang cukup besar dan bermakna bagi kita sebagai seorang muslim iaitu nikmat Iman serta nikmat Islam. Bersyukur kita kepada Allah SWT sekiranya kita dilahirkan sebagai seorang Islam. Begitu juga apabila di kalangan kita memperolehi hidayah untuk memeluk agama Islam walaupun dilahirkan bukan sebagai penganut Islam. Akan tetapi mereka beruntung kerana berkesempatan untuk bersama- sama dengan kita dalam agama yang cukup mulia ini. Berapa ramai lagi manusia di dunia ini yang masih belum menemui hidayah untuk memeluk Islam? Bersama-samalah kita berdoa agar agama Islam yang diredhai oleh Allah SWT ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Firman Allah SWT yang bermaksud,” Sesungguhnya agama yang diredhai oleh Allah ialah Islam… ” (Surah Ali-Imran: 19). Sebagai seorang yang beriman, kita seharusnya memelihara akidah masing- masing dengan sebaiknya. 5 Rukun Islam yang merupakan penyaksian Allah Maha Esa dan Ibadah Wajib bagi setiap umat Islam merangkumi Solat Fardhu 5 waktu sehari, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu. Selain itu juga, dalam memastikan iman kita terus terpelihara dengan sempurna, kita perlu menyakini serta beriman kepada 6 Rukun Iman. Sewajarnya kita menghafal dan meyakini sebenar-benarnya agar menjadi pedoman dalam kehidupan kita iaitu percaya kepada Allah SWT, percaya kepada Malaikat, percaya kepada

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=