MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020
Tinta Pensyarah 12 seperti Socrates, Plato dan Aristotles dalam huraian terhadap konsep-konsep yang menyentuh kandungan agama seperti teologi dan fisiologi. Ini bermakna Imam al- Ghazālī telah berjaya mengesan huraian failasuf silam terbabit sebagai punca kepincangan dalam pemikiran masyarakat Islam justeru beliau menumpukan kritikan terhadap huraian tersebut. Ternyata beliau tidak memusuhi – mengkafirkan – failasuf muslim (al-Farābī, Ibnu Sīnā) disebabkan oleh kecenderungan mereka seperti yang disalah fahami oleh Carra de Vaux sekalipun Imam al- Ghazālī merujuk huraian failasuf- failasuf silam itu daripada keterangan-keterangan failasuf muslim. Meskipun tidak mengkafirkan, Imam al- Ghazālī tidak melepaskan failasuf muslim daripada melakukan kesalahan. Beliau memperingatkan masyarakat tentang kesalahan failasuf muslim cenderung kepada huraian failasuf-failasuf silam daripada Yunani kuno yang boleh menjadikan masyarakat awam keliru dan membawa mereka kepada kesesatan. Hal ini dilihat mustahak oleh Imam al- Ghazālī, oleh yang demikian beliau menggunakan pernyataan- pernyataan tegas bagi menghindari orang ramai mendekati pemikiran failasuf muslim seperti “mereka adalah golongan yang diperbodohkan”, “mereka menyisih daripada jalan Allah yang sebenar”, “setengah daripada pandangan mereka adalah kelam lebih daripada kekelaman yang biasa” dan banyak lagi. Demikian kita menyaksikan Imam al- Ghazālī bukan sahaja menjelaskan kepincangan pemikiran failasuf dan mengkritiknya akan tetapi turut menyediakan jalan keluar daripada belitan falsafah bagi mereka yang terpengaruh. Selain itu juga, beliau mengajar kita bersikap peka dan bertanggunjawab terhadap bahan-bahan yang kita kaji dan kritik kerana ini mengukur sejauh mana amanah, bijaksana dan berakhlaknya kita dalam kajian ilmiah. Beginilah sikap yang yang ditonjolkan oleh Imam al- Ghazālī ketika mengkritik kecenderungan failasuf muslim dengan tanpa menghukumkan mereka terkeluar daripada agama Islam sekalipun menghimpunkan pemikiran asal daripada failasuf-failasuf silam di dalam perkara-perkara yang menyalahi akidah Islam.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=