MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020

Tinta Pensyarah 11 baru yang berbeza daripada pengalamannya mengkritik pemikiran aliran lain, khasnya Mu‘tazilah. Terdapat persamaan antara pemikiran kedua-dua kelompok ini dalam banyak isu, antaranya isu membatalkan ‘pandangan failasuf tentang Allah tidak mengetahui tentang keperincian hal-hal baharu’. Pandangan ini telah ditemui daripada Hishām bin al-Ḥakam al-Rāfiḍī yang mengatakan Allah mengetahui tentang perkara baharu dengan baharunya maklumat. Imam al- Ghazālī telah membungkam pandangan terbabit begitu juga pandangan Hishām yang diguna-pakai oleh failasuf berkenaan kaitan sandaran alam pada Allah sebagai sandaran kesan pada sebab yang menatijahkan ‘apabila Allah tidak menghendaki sesuatu maka Dia tidak mengetahui tentangnya’. Kelebihan Imam al- Ghazālī dalam hal ini sangat terserlah, oleh yang demikian beliau berjaya membatalkan pandangan failasuf dengan cemerlang. Apa yang memberikan kelebihan tersebut kepada Imam al- Ghazālī ialah keikhlasan beliau dalam menjaga agama dan kebijaksanaan beliau yang terhasil daripada ketekunan dan hemah yang tinggi dalam menuntut ilmu. Selain itu, sikap terbuka dan mengambil faedah daripada pendekatan ilmuwan silam sama ada beraliran Ashā‘irah atau lainnya yang memenuhi piawaian syariat Islam. Menurut Dr. Muḥammad Yūsuf, selain Imam al-Ḥaramayn, Imam al- Ghazālī juga merujuk al- Khayyāṭ, Abū Muḥammad bin Ḥazim al-Ẓāhirī dan lain-lain dalam berhujah mendepani pemikiran failasuf. Justeru, apakah Imam al- Ghazālī hanya menjelaskan kepincangan pemikiran failasuf dan mengkritiknya atau lebih daripada itu dalam Tahāfut al- Falāsifah ? Daripada penelitian yang dilakukan oleh pengkaji- pengkaji karya terbabit, Schmoslders berpandangan kritikan Imam al- Ghazālī di dalam karyanya itu sampai kepada mendedahkan pertembungan aliran falsafah di antara satu dengan yang lain dan bukan hanya menyalahi akidah Islam. Adapun Monk, beliau pergi lebih jauh daripada Schmoslders dengan berpendapat Imam al- Ghazālī bukan sahaja mengkritik pemikiran pincang failasuf malah meruntuhkannya dengan hujah- hujah yang tajam. Menurut Dr. Muḥammad Yūsuf Mūsā, Imam al- Ghazālī berbuat demikian kerana beliau mendapati para failasuf muslim seperti al-Farābī dan Ibnu Sīnā telah meninggalkan panduan agama dan lebih cenderung kepada huraian failasuf-failasuf silam

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=