MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020

Tinta Pensyarah 10 pemikiran failasuf mengemukakan pandangan yang menyalahi ajaran Islam malah ada yang tidak selari dengan asas akidah Islam. Situasi ini menyebabkan Imam al- Ghazālī terpanggil untuk memperbetulkan keadaan sepertimana beliau sebelumnya terpanggil memperbetulkan pandangan dan pengaruh Mu‘tazilah ke atas pegangan umat Islam. Inisiatif yang diambil oleh Imam al- Ghazālī ini sangat tepat pada masanya sepertimana digambarkan oleh Imam Tāj al- Dīn al-Subkī “bagi segera melawan para failasuf [pada ketika itu] adalah sangat diperlukan seperti [selubungnya] kegelapan memerlukan pelita yang menerangi langit, sangat diperlukan seperti [gersangnya] kemarau memerlukan titisan- titisan air hujan”. Apabila dikatakan Imam al- Ghazālī sahaja mendepani pengaruh failasuf seperti menyatakan kepada kita hanya beliau sahaja berbuat demikian dan tidak ilmuwan sebelumnya. Ini adalah kerana mereka (ilmuwan) mendepani kelompok atau individu yang berfahaman sesat secara umum, sama ada mereka mengikut fahaman failasuf atau ateis. Mereka tidak mempunyai metodologi dan identifikasi yang jelas sepertimana yang direkodkan oleh Imam al- Ḥaramayn dalam Irshād tentang kelompok yang mengimani baharu alam tanpa pemula. Menurut Imam al- Ḥaramayn, kelompok ini meyakini bahawa alam ini berterusan mengalami kewujudan dan kebinasaan secara kekal, tanpa berlaku kejadian selainnya dan Imam al- Ḥaramayn tidak menjustifikasi apakah pola pemikiran dan kecenderungan kelompok tersebut. Berbeza dengan zaman Imam al- Ghazālī, pengikut fahaman failasuf telah mempunyai sandaran mereka tersendiri khasnya seperti Ibnu Sīnā, al-Farābiī dan al-Kindī. Mereka turut memiliki metodologi khusus dan dapat dikenal pasti fahaman mereka dengan jelas sehingga Imam al- Ghazālī sendiri menegaskan di dalam al- Munqidh sesungguhnya beliau tidak mengenal seorang pun daripada ulama sebelumnya yang menumpukan perhatian terhadap Ilmu Falsafah dan mengkritiknya sebagaimana yang beliau lakukan. Pengalaman Imam al- Ghazālī mengkritik pemikiran failasuf bukan suatu pengalaman

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=