MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020

Tinta Pensyarah 9 RESENSI RINGKAS KE ATAS TAHĀFUT AL-FALĀSIFAH Oleh: Dr. Mohd Hamidi Ismail Pensyarah, Program Pengajian Akidah dan Agama, USIM Imam al- Ghazālī atau nama sebenar beliau Abū Ḥāmid Aḥmad bin Muḥammad (m. 505H) merupakan sarjana ulung dunia Islam yang memiliki karya dalam pelbagai bidang ilmu, turut mempunyai pendirian khusus terhadap bidang Ilmu Falsafah. Selain menulis Maqāsīd al- Falāsifah yang menghuraikan asas-asas pemikiran failasuf khususnya merujuk kepada Ibnu Sīnā (m. 427H) dan seangakatannya, Imam al- Ghazālī turut menulis al-Munqidh min al-Ḍalāl dan Tahāfut al- Falāsifah yang menjelaskan kepincangan yang terdapat dalam Ilmu Falsafah. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna keseluruhan Ilmu Falsafah merbahaya dan menyesatkan, sebaliknya beberapa tafsiran dan pemahaman dalam ilmu tersebut boleh memberi kekeliruan kepada umat Islam. Oleh yang demikian, Imam al- Ghazālī membenarkan umat Islam mempelajari Ilmu Falsafah dalam skopnya yang tertentu iaitu al-riyāḍiyāt ( mathology ), al-handasāt (geometrik) dan al-manṭiqiyyāt (logik). Sementara dalam bahagian al-ilāhiyyāt ( theology ) dan al-ṭabī‘iyyāt (fisiologi), Imam al-Ghazālī melarang memahaminya mengikut pemahaman failasuf bahkan Imam al- Ghazālī mengkritik pemahaman mereka sehingga sampai ke tahap mengkafir dan membidaahkan. Sungguhpun begitu, kritikan yang dilakukan itu telah dilakukan dengan cermat oleh Imam al- Ghazālī setelah beliau mengkelasifikasikan kesalahan-kesalahan failasuf kepada usul dan cabang. Mengenai penulisan Tahāfut al- Falāsifah , judul kitab ini sahaja sudah cukup menjelaskan tujuan Imam al- Ghazālī menulisnya. Kombinasi perkataan ‘ tahāfut’ yang bermaksud ‘sifar makna’ atau ‘gugur faedah’ dengan perkataan ‘ falāsifah ’ yang bermaksud ‘ahli- ahli falsafah’ menggambarkan kerencatan pemikiran failasuf dalam mengemukakan pandangan mereka. Imam al- Ghazālī menyaksikan sendiri kerencatan terbabit pada zamannya yang mana pada ketika itu perkembangan Ilmu Falsafah menyebabkan umat Islam yang terpengaruh dengan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=