MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020

Tinta Pensyarah 8 Penyelarasan Glosari Bahasa Isyarat Islam (Akidah dan Ibadah) Bagi Golongan Kurang Upaya (OKU) Pendengaran. Dalam bengkel ini, kesemua sukarelawan dakwah OKU ini telah bermuzakarah bersama- sama beberapa ahli panel pakar Akidah dan Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Hal ini dibuat bagi memastikan kualiti dan tujuan utama daripada kerja-kerja penyelarasan ini dapat dicapai. Keunikan kerja dakwah OKU ini sangat ketara. Jika dengan masyarakat bukan OKU, urusan komunikasi adalah lebih mudah dan lancar kerana tidak ada cabaran masalah pendengaran, penglihatan mahu pun percakapan. Bayangkan bagaimana kemahiran komunikasi dakwah yang perlu dikuasai oleh seorang da’i kepada masyarakat OKU? Pelbagai kemahiran lain seperti kemahiran psikologi, sosiologi dan pendidikan turut diperlukan untuk memastikan mesej utama dakwah dapat disampaikan dengan sempurna. Dalam konteks Pembangunan Istilah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) untuk keperluan Akidah bagi OKU Pekak Muslim pula, cabarannya sangat terasa apabila hendak menyampaikan kefahaman akidah dalam perkara-perkara berkaitan metafizik, ghaibiyyāt dan abstrak. Bagaimana agaknya menyampaikan dakwah berkenaan sifat-sifat dan perbuatan Allah SWT, azab neraka dan nikmat syurga kepada golongan OKU ini? Bagaimana pula hendak menjelaskan kewujudan malaikat, jin dan perkara-perkara ghaib lainnya dalam bentuk yang mudah mereka fahami dan tidak tersasar daripada panduan wahyu? Kesemua ini memerlukan ikhtiar, kreativiti dan inovasi daripada para da’i seperti kita semua. Santunilah mereka semua. Mari kita sama-sama jayakan dakwah secara inklusif kepada semua lapisan masyarakat. Rabbunā yusahhil . Amīn .

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=