MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020
Tinta Pensyarah 7 menunaikan permintaannya. Setelah itu, Allah SWT pun menurunkan ayat-ayat daripada Surah c Abasa ini kepada Nabi SAW. Penurunan ayat-ayat itu tadi bukan sahaja menyedarkan Rasulullah SAW mengenai kekhilafannya, malah menjadikan Baginda SAW sangat menyayangi Ibnu Ummi Maktum r.a. Malah dari sudut akidah juga, sabab nuzūl dan kandungan ayat- ayat ini juga membuktikan bahawa al-Quran al-Karim adalah tanzīl daripada Allah SWT, bukannya ciptaan Nabi SAW, wal c iyādhu billāhi min dhālik . Masakan ada seorang penulis atau pereka cerita yang hendak mereka-reka cerita yang memburuk-burukkan dirinya sendiri dalam magnum opus nya? Magnum opus atau rekaan Nabi Muhammad SAW? Tidak! Al- Quran al-Karim bukan rekaan Nabi Muhammad SAW dan kisahnya bersama Ibnu Ummi Maktum ini adalah benar-benar berlaku untuk teladan dan ibrah kita bersama. Hari ini di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), kita sudah memiliki Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) yang berfungsi untuk menyantuni hal-ehwal dakwah dan keperluan khas masyarakat orang kurang upaya ini. Beberapa staf, pensyarah dan pelajar FKP telah dijemput untuk terlibat sama dalam pelbagai peringkat projek santunan dakwah ini. Pada pertengahan September 2020, kesemua sukarelawan dakwah OKU ini telah berbengkel secara bersemuka di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi bagi menyusun dan menyemak beberapa istilah dan bahasa isyarat untuk kegunaan pengajaran akidah kepada golongan OKU cacat pendengaran. Pada tahun ini pula, sebuah bengkel dalam talian telah diadakan pada akhir Februari untuk melihat kemajuan kerja Pembangunan Istilah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). untuk keperluan Akidah bagi OKU Pekak Muslim. Pada 25 Mac 2021, Khamis, jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang, pihak ILIM telah menganjurkan Bengkel
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=