MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 9 | 2020
Tinta Pensyarah 6 outreach kepada pelbagai kategori mad’u. Kita telah santuni ramai orang asli, penagih dadah, masyarakat berbilang bangsa, golongan gelandangan, anak- anak yatim, asnaf faqir dan miskin, masyarakat antarabangsa dan banyak lagi. Hal ini mengingatkan saya kepada sabab nuzūl surah c Abasa 80: ayat 1 – 12 yang maksudnya seperti berikut: “Dia memasamkan muka dan berpaling, (1) Kerana dia didatangi orang buta. (2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! (3) Ataupun dia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. (4) Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al- Quran), (5) Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. (6) Padahal engkau tidak bersalah kalau dia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). (7) Adapun orang yang segera datang kepadamu, (8) Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah- perintah Allah); (9) Maka engkau berlengah-lengah melayaninya. (10) Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). (11) Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah dia mengambil peringatan daripadanya. (12)” Menurut Imām al-Mufassirīn , Muḥammad Ibn Jarīr al-Ṭabarī dalam tafsirnya, ayat-ayat ini diturunkan bersempena teguran yang telah Allah berikan kepada kekasihNya SAW. Ayat-ayat ini sangat mendalam maksudnya dan meminta agar umat Islam seluruhnya sentiasa bersifat inklusif, objektif serta penyayang kepada para mad’u. Ketika mana Rasulullah SAW sedang memberikan penjelasan mengenai Islam kepada beberapa ketua kaum Quraisy, seperti Utbah bin Rabi’ah, Abu Jahal dan Abbas bin Abdul Mutalib, telah datang seorang buta bernama Abdullah bin Ummi Maktum r.a. Ibnu Ummi Maktum r.a. yang buta ini masuk ke dalam majlis Rasulullah SAW dan meminta agar diberikan penjelasan mengenai beberapa ayat al-Quran. Mungkin kerana merasa terganggu dengan permintaan Ibnu Ummi Maktum r.a. ini, maka wajah Baginda SAW masam dan berpaling daripada
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=