MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 8 | 2020
6 Menarik sekali, pada bahagian akhir kitab ini, Imam al-Shahrastani dengan penuh tawaduk dan rendah diri menyatakan secara objektif apa yang terkandung dalam kitabnya seperti berikut: “ini (apa yang aku persembahkan dalam kitab ku ini) adalah apa yang aku dapati daripada tulisan-tulisan ahli ilmu dan aku catatkan berdasarkan apa yang aku dapati daripada mereka. Maka barang siapa yang menemui dalam kitab ini sebarang kesalahan dalam catatan, maka perbetulkanlah. Moga Allah c azza wa jalla memperelokkan -dengan kurniaNya- keadaan orang itu dan memelihara kata-kata dan perbuatannya. Dan hanya pada Allah lah kita bergantung dan Dialah sebaik-baik Penjaga.” Kesemua pembaca artikel ini dijemput untuk mengikuti majlis bacaan kitab Al-Milal Wa Al- Niḥal di laman facebook Akidah and Global Outreach Centre (AGENT) pada setiap hari Khamis jam 5 sehingga 5.30 petang bersama penulis. Moga Allah taala merahmati Imam al- Shahrastani, meluaskan ilmu dan merahmati kita semua menerusi penelitian ke atas kitabnya ini. Amin.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=