MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 8 | 2020

5 4. Ahl al-Ahwā’ Wa al-Niḥal : i) Sabiun dan al-Ḥunafā’ , ii) Aṣḥāb al-Rūḥāniyyāt), iii) Aṣḥāb al- Hayākil wa al-Ashkhāṣ , iv) al-Ḥarnaniyyah 5. Ahli-ahli Falsafah: i) 7 ahli Falsafah, ii) Ḥukamā’ al-Uṣūl , iii) Ahli Falsafah Yunani yang kemudian, iv) Ahli Falsafah Muslim yang kemudian 6. Arab Jahiliah: i) Mu c aṭṭilah al- c Arab and ii) al-Muhaṣṣilah min al- c Arab 7. Pandangan orang India: i) Barāhimah , ii) Ahli kerohanian India, iii) penyembah bintang, iv) penyembah berhala, dan v) ahli Falsafah India Kitab ini telah mendapat banyak pujian daripada ramai pembaca, terutamanya daripada para peneliti karya- karya Arab awal dan ilmu perbandingan agama. Sebagai contoh, Profesor Emeritus Eric J. Sharpe (1933-2000), seorang peneliti ilmu perbandingan agama daripada Universiti Sydney, Australia pernah memuji seperti berikut: “ The honour of writing the first history of religion in world literature seems in fact to belong to the Muslim Shahrastani (d 1153 whose Religious Parties and Schools of Philosophy describes and systematises all the religions of the then known world, as far as the boundaries of China This outstanding work far outstrips anything which Christians writers were capable of producing at the same period .” Kesimpulan Oleh itu, penghasilan kitab Al-Milal Wa Al-Niḥal merupakan suatu pencapaian yang baik dan berharga dalam dunia ilmiah kerana berjaya membuktikan hasil usaha yang gigih oleh seorang tokoh ulama pada kurun keenam Hijrah atau kedua belas Masihi. Pengiktirafan ke atas kedudukan kitab Al-Milal Wa Al-Niḥal ini hanya akan dapat dihayati oleh para pembaca kitab ini sekiranya ditekuni dengan cermat dan melalui perbandingan antara konteks kemajuan ilmu pada kurun keenam Hijrah dengan hari ini. Malah, antara bukti penerimaan ke atas kitab ini adalah melalui penterjemahan Al-Milal Wa Al-Niḥal ke dalam pelbagai bahasa dunia seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, dan Bahasa Melayu.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=