MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 8 | 2020

4 Kitab Al-Milal Wa Al-Niḥal Kitab al-Milal Wa al-Nihal adalah sebuah kitab yang bersifat ensiklopedia dan menghimpunkan pelbagai maklumat berkenaan agama-agama dan aliran-aliran falsafah. Al-Milal adalah kata jamak ( plural form ) kepada perkataan al-Millah yang bermaksud agama, kepercayaan atau anutan. Al-Nihal pula adalah kata jamak kepada perkataan al-Nihlah yang bermaksud mazhab Akidah atau aliran kepercayaan. Imam al- Shahrastani menyatakan dalam mukadimah kitab ini berkenaan tujuan penulisan al-Milal Wa al-Nihal seperti berikut: “maka penulis ingin mengumpulkan semua itu (maklumat tentang agama dan ideologi) dalam satu ringkasan yang mencakupi semua pegangan yang dianuti oleh penganut agama dan pendukung ideologi.” Ringkasnya, Imam al-Shahrastani telah memasukkan maklumat mengenai beberapa agama dan aliran falsafah dalam kitab al-Milal wa al-Nihal ini. Pengetahuan mengenai agama-agama dan aliran falsafah ini dapat memperkayakan dan mencambah pengetahuan seseorang mengenai corak-corak kepercayaan dan bentuk-bentuk amalan ritual yang terdapat dalam masyarakat. Seperti yang pernah diungkapkan oleh Profesor Friedrich Max Muller (1823- 1900) daripada Universiti Oxford, dalam menggalakkan kajian perbandingan agama dan kebudayaan-kebudayaan dunia: “ he who knows one, knows none .” Dalam konteks Thaqāfah Islamiyyah , ilmu kajian agama adalah sebuah ilmu yang dapat memacu ke arah peningkatan pengetahuan mengenai pelbagai kepercayaan di dunia ( idrāk ), membantu dalam dakwah Islam ( da c wah ), dan berguna untuk mempertahankan ajaran-ajaran Islam di hadapan penentang-penentangnya ( difā c ). Secara ringkas, kitab al-Milal wa al-Nihal ini mengandungi maklumat mengenai agama Islam, Yahudi, Kristian, Majusi, Sabiun, Arab Jahiliah, dan Hindu. Manakala aliran falsafah yang dimuatkan dalam kitab ini adalah merangkumi aliran dualisme, spiritualisme, falsafah Yunani, falsafah Islam, dan falsafah India. Antara kandungan utama kitab ini adalah: 1. Umat Islam: i) Mu c tazilah, ii) Jabbariyyah, iii) Ṣifātiyyah, iii) Khawārij, iv) Murjiah, v) Syiah, dan vi) Ahl al-Furū c 2. Ahli Kitab: i) Yahudi dan ii) Kristian 3. Ahl Shubah al-Kitāb : i) Majusi dan ii) al-Thanawiyyah

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=