MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 8 | 2020
3 Imam al-Shahrastani telah memulakan pengajiannya di Shahrastan dengan mempelajari ilmu- ilmu asas Pengajian Islam yang terdiri daripada ilmu Akidah, al-Quran, al-Sunnah, Fiqh, Usul al-Fiqh, Bahasa Arab dan banyak lagi. Seterusnya beliau berhijrah ke Nisabur dan meneruskan pencariannya dalam pelbagai disiplin ilmu dan menuntut daripada pelbagai sarjana yang hebat. Kebanyakan daripada guru-guru beliau adalah merupakan murid kepada tokoh ulama yang hebat iaitu Imam al-Haramayn al-Juwayni (419-478H / 1028-1085M). Antara guru-guru beliau ini adalah Abu al-Qasim Salman b. Nasir al-Ansari (m. 412H / 1118M), Abu al-Hasan 'Ali b. Ahmad al-Madini (m. 494H / 1100M), Abu al-Muzaffar Ahmad b. Muhammad al-Khwafi (m. 500H / 1106H), dan Abu Nasr 'Abd al-Rahim b. Abi al-Qasim 'Abd al-Karim al- Qushayri (m. 514H / 1120M), yang merupakan anak kepada penulis kitab tasawuf yang hebat bertajuk al- Risālah al-Qushayriyyah. Imam al-Shahrastani pernah mengajar di pelbagai tempat dan telah menulis pelbagai kitab. Beliau pernah mengajar di Madrasah al-Nizamiyyah di Baghdad, iaitu di tempat pengajian yang sama pernah diajar oleh Imam Abu Hamid al-Ghazali (450-505H). Majlis pengajian beliau di Baghdad ini diterima dengan baik oleh ramai orang dan dihadiri oleh ramai ulama dalam pelbagai bidang. Setelah pulang ke Khurasan, beliau dilantik untuk mengetuai Dewan Persuratan Sultan, malah beliau juga pernah menjadi Kadi di daerah Tus. Seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini, Imam al-Shahrastani telah menghasilkan pelbagai kitab, dalam pelbagai bidang ilmu seperti ilmu kalam, falsafah, tafsir al-Quran dan perbandingan agama. Ada antara kitab ini yang telah hilang dan ada juga yang telah diterbitkan untuk bacaan masyarakat hari ini. Antara kitab yang telah beliau hasilkan adalah: 1. Nihāyah al-Iqdām fī c Ilm al-Kalām 2. al-Milal Wa al-Niḥal 3. Muṣāra c ah al-Falāsifah 4. Ghāyah al-Murām fī c Ilm al- Kalām 5. Al-Irshād Ilā c Aqā’id al- c Ibād 6. Tārīkh al-Ḥukamā’ 7. Talkhīṣ al-Aqsām Li Madhāhib al-Anām
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=