MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 8 | 2020
2 Begitu jugalah kajian agama pada zaman-zaman awal Islam adalah sukar dilaksanakan jika dibandingkan dengan persekitaran moden hari ini. Pada zaman dahulu, tahap kemajuan teknologi adalah rendah dan terdapat jurang yang besar dalam masyarakat antara mereka yang berpengetahuan dan yang tidak mendapat pendidikan. Apa yang turut merisaukan juga adalah sikap dan persepsi yang dimiliki dalam kalangan penganut agama terhadap agama- agama lain. Menurut John R. Hinnells dalam The Routledge Companion to the Study of Religions : “ In the ancient world, there were, roughly speaking, three alternatives: to ignore them altogether (the majority view), to observe them as curiosities, without taking them too seriously, and to condemn them as evil ” (2005:23). Artikel ini ditulis untuk memperkenalkan secara ringkas berkenaan kitab Al-Milal Wa Al-Niḥal oleh Imam Al-Shahrastānī (479-548H / 1086-1158M) yang berjaya menyumbang rekod awal berkenaan agama-agama dan kumpulan-kumpulan Islam ( firaq Islamiyyah ) yang wujud pada kurun ke 6 Hijrah atau 12 Masihi. Kitab Al-Milal Wa Al-Niḥal merupakan antara kitab utama dalam bidang Pengajian Islam yang meneroka ajaran-ajaran dan doktrin-doktrin yang dipercayai serta diamalkan oleh penganut-penganut agama Islam dan bukan Islam. Biografi Imam al-Shahrastani Nama penuh Imam al-Shahrastani adalah Abu al-Fath Muhammad bin Abd al-Karim bin Ahmad bin Abi al-Qasim bin Abi Bakr. Penisbahan gelaran al-Shahrastani dibuat kepada beliau bersempena dengan negeri kelahiran dan kewafatannya iaitu Shahrastan, sebuah wilayah yang terletak di hujung utara Khurasan. Beliau dilahirkan pada 479H (1086M) dan meninggal dunia pada tahun 548H (1158M).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=