MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 8 | 2020
26 semestinya dakwah dapat disampaikan dengan penuh hikmah atau bijaksana seperti saranan Al- Quran dalam Surah Al-An’am ayat 108: بوا ُ وا لَا تاس عا ما لا ٍ مة ُ أ ِ ل ُ ك ِ كا زا ي نا ل ِ ل ٰ ۗ كا ذا ٍ م ْ ل ِ ع ِ ْ غا ير ِ وا ا ب ْ بوا اللَّا عا د ُ ف ا يا س ِ اللَّ ِ ون ُ ن د ِ ونا م ُ ع ْ ينا يا د ِ الذ م ِِ را بّ ٰ لَا ِ إ ُ ثُ ْ م ُ ه ونا ُ ما ل ْ وا ي ا ع ُ اا كا ان ِ م بِ ُ ه ُ ئ ِ ن ا ب ُ ف ا ي ْ م ُ ه ُ ع ِ ج ْ مر - 6:108 Maksudnya: “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, karena mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” Dalam konteks ini, pelaksanaan dakwah adalah melalui perbandingan agama. Namun, larangan tegas supaya tidak mencerca sembahan agama-agama lain harus dipraktikkan lebih-lebih lagi dalam kerangka masyarakat majmuk. Sudah pasti ada kebaikan dan hikmahnya dengan larangan tersebut. Oleh itu, dalam masa mempelajari ilmu Perbandingan Agama ini, dapatlah membuka ruang yang lebih luas kepada daie dalam menyentuh hati non- Muslim dengan kebenaran Islam selain menonjolkan akhlak yang baik untuk dicontohi. Kesimpulannya, sudut pandang tentang Ilmu Perbandingan Agama harus diletakkan dan diaplikasikan dengan teknik yang betul. Melihatkan kepada ilmu ini adalah antara metod yang sama juga digunakan oleh para Nabi dan ulama’ dalam berdakwah, peranan ini harus digalas oleh Muslim dalam menyampaikan mesej Islam kepada non-Muslim setidak-tidaknya untuk memberikan kefahaman kepada mereka. Peluang untuk saling bertaaruf dengan mereka juga lebih terbuka dan meluas. Dengan wujudnya perbezaan agama dan bangsa, tidak semestinya tidak boleh bersepakat dalam hal-hal kemanusiaan, pembangunan dan kemasyarakatan. Hidup berkasih-sayang dan harmoni juga merupakan tuntutan dalam agama Islam, begitu juga agama-agama lain. Namun, toleransi yang dituntut dalam Islam bukanlah membawa kepada pluralisme agama. Akhir sekali, tidaklah ilmu perbandingan agama ini mencetuskan bibit-bibit kekufuran terhadap Muslim yang mempelajarinya jika dia menghayati Akidah Islam dengan baik dan mampu membezakan antara haq dan batil . Bahkan dapat menambahkan keyakinan terhadap Islam dan lebih bersemangat mempromosikan Islam sebagai rahmat ke seluruh alam. Di samping itu, dapat menghancurkan persepsi buruk dan ketakutan dunia terhadap Islam kerana Islam tertegak dengan kasih sayang, bukan dengan mata pedang. Moga Allah redha.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=