MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 8 | 2020
25 kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” Melalui ayat tersebut, seharusnya kemajmukan di dunia khususnya di Malaysia menghasilkan sebuah keharmonian dalam kepelbagaian jika kita benar-benar menghayatinya. Sepertimana yang dinyatakan oleh Khadijah Mohd Khambali@Hambali et al (2013) dalam Dialog Antara Agama Dalam Konteks Ilmu Perbandingan Agama Menurut Perspektif Islam, pendekatan Ilmu Perbandingan Agama merupakan antara solusi dalam menangani isu antara Muslim dan non- Muslim . Jika diimbas kembali peristiwa 13 Mei 1969 dan yang terkini, rusuhan di hadapan kuil Seafield, Petaling Jaya, kesannya sehingga melibatkan korban nyawa. Tidak lain tidak bukan, puncanya ialah isu perkauman dan perbezaan agama. Selain itu, ini adalah akibat tidak memahami akan budaya dan kepercayaan pihak yang lain. Justeru itu, mewujudkan kebersamaan dalam hal-hal umum seperti kemanusiaan, kemasyarakatan, alam sekitar dan pembangunan amatlah dituntut bagi mengekalkan keamanan dalam kalangan komuniti majmuk ini. Lebih-lebih lagi, fitrah sebagai manusia tidak boleh tidak akan cenderung kepada perkara-perkara kebaikan. Tambahan lagi, di negara ini masyarakat hidup berbilang bangsa dan agama, sudah pasti memerlukan kata sepakat bersama dalam segala hal. Bak kata pepatah, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.” Membina Keyakinan dan Keimanan Terhadap Islam Pernah atau tidak kita membayangkan bagaimana keadaan dan perasaan saudara-saudara baharu kita sebelum dan selepas memeluk Islam? Ya benar, empati. Kalaulah kita berada di tempat Salman al-Farisi, seorang sahabat Nabi S.A.W, alangkah besarnya nikmat yang dirasai menemukan kebenaran Islam setelah menganuti Majusi dan Kristian. Sebagaimana perumpamaan kita tidak akan dapat merasai nikmat kenyang setelah diuji dengan kelaparan dan tidak menikmati kekayaan melainkan pernah merasai susahnya kemiskinan. Pendek kata, nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi ini akan lebih dihargai serta dikukuhkan apabila mengetahui bukti kebenaran Islam berbanding agama-agama lain melalui Ilmu Perbandingan Agama. Tambahan lagi, dengan mengetahui percanggahan dalam agama- agama lain dengan Islam pastinya dapat membentengi diri Muslim daripada kebatilan tersebut. Maka apabila penghayatan ilmu tersebut diserapkan dalam diri seorang pendakwah,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=