MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 8 | 2020

24 memecahkan kesemua berhala tersebut dengan tujuan untuk berhadapan dengan kaumnya. Nabi Ibrahim AS sengaja meninggalkan berhala yang paling besar dan ulama’ tafsir menyebutkan bahawa baginda juga sengaja meletakkan kapak di tangan serta di leher berhala yang paling besar. Apabila ditanyakan kepadanya mengenai perkara ini, Nabi Ibrahim menyuruh mereka bertanyakan kepada berhala besar tersebut jika ia dapat berkata-kata. Begitu juga metod Mubahalah yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W terhadap sekumpulan wakil Kristian dari Najran berdasarkan asbab nuzul (sebab turun) ayat al-Quran Surah ‘Ali Imran ayat 61. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah ilmu tersebut merupakan antara metod dakwah yang digunakan oleh para Nabi. Teknik perbandingan agama ini boleh diaplikasikan oleh Muslim khususnya pendakwah dalam penyampaian mesej Islam kepada orang bukan Islam. Selain itu, usaha ini turut diteruskan oleh ilmuan Muslim seperti Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah, al-Biruni, al-Shahrastani dan Syeikh Ahmad Deedat. Hasilnya, teknik dakwah melalui perbandingan agama ini aktif dilaksanakan oleh individu seperti Shah Kirit dan Firdaus Wong. Peranan pihak badan bukan kerajaan seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Hidayah Centre Foundation juga wujud secara aktif dengan penganjuran kursus-kursus Ilmu Perbandingan Agama dalam kalangan masyarakat Muslim khususnya di Malaysia. Hal ini jelas menunjukkan bahawa disiplin ilmu ini bukanlah perkara baharu dalam kalangan umat Islam dan dakwah. Namun, perubahan zaman mendorong kepada nama-nama dan istilah kepada ilmu tersebut diberikan bagi membezakannya dengan cabang ilmu yang lain.  Saling Berkenalan Dalam Bingkai Masyarakat Majmuk Ilmu Perbandingan Agama ini berperanan dalam membantu kita mengenali agama-agama lain yang dianuti oleh masyarakat di Malaysia. Antara agama yang majoriti dalam kalangan masyarakat Malaysia selain Islam ialah Kristian, Hindu dan Budhha. Hal ini melambangkan kewujudan masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama di negara ini. Keadaan ini juga bersangkutan dengan firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Hujurat ayat 13: ن أا ِ وا ۚ إ ُ ت ا عا ارا ف ِ لا ل ِ وبًا وا ق ا با ائ ُ ع ُ ش ْ م ُ نا اك ْ وا جا عا ل ٰ نثاى ُ وا أ ٍ ن ذاكا ر ِ م م ُ نا اك ْ نَّ خا لاق ِ إ ُ يَا أاي ها ا الناس ُ قا اك ْ أات ِ ندا اللَّ ِ ع ْ م ُ را ما ك ْ ك ن ِ ۚ إ ْ م ٌ ير ِ خا ب ٌ يم ِ اللَّا عا ل - 49:13 Maksudnya: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=