MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 8 | 2020
23 Peranan Ilmu Perbandingan Agama Dalam Pembangunan Dakwah Di Malaysia Akhukum fillah Mohammad ‘Izzuddin Mohamad Ares Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia Perbandingan Agama sering dilihat sebagai frasa menggerunkan bagi sesetengah pihak yang tidak menghayati aplikasi dan peranannya. Perlukah untuk mengetahui agama-agama lain? Tidak goyahkah iman jika belajar tentang perbandingan agama? Soalan sebegini seringkali dilontarkan bagi menzahirkan kerisauan dalam hati seorang Muslim. Namun begitu, sudikan menelusuri penulisan ini sehingga akhir dan nilailah sendiri kepentingan ilmu Perbandingan Agama. Ilmu Perbandingan Agama atau Muqaranah al-adyan juga diistilahkan dalam Bahasa Inggerisnya Comparative Religions, merupakan salah satu cabang ilmu dalam Islam. Umumnya, menurut Wan Mohd Fazrul Azdi W. Razali (2017), pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia, ilmu ini ialah perbandingan antara dua atau beberapa agama yang membincangkan tentang sejarah, kepercayaan, amalan, akhlak dan lain-lain lagi. Kaedah atau metod perbandingan agama ini telah wujud sejak zaman para nabi terdahulu lagi dan disiplin ilmu ini diteruskan sehinggalah sekarang. Mencontohi Metod Dakwah Para Nabi Tahukah anda bahawa kaedah ilmu sedemikianlah yang telah dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim A.S. ketika berlaku sesi dialog dengan kaumnya yang menyembah berhala sepertimana dalam Surah Al-Anbiya’ ayat ke 51 hingga 71? Secara ringkasnya, Nabi Ibrahim AS tidak PEACE
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=