MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 8 | 2020

21 ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT: AKIDAH UMAT ISLAM ATAU SLOGAN SEMATA- MATA? Muhamad Fadhlul Amin bin Muhamad Ibrahim Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia Tatkala masih ada yang jahil dalam ilmu agama, masih juga sesetengah kelompok yang masih membahaskan aliran atau manhaj yang tidak berkesudahan. Persoalan, sampai bila ia akan selesai atau dibiarkan begitu sahaja ibarat tergantung tak bertali? Perkara utama yang perlu diambil berat ialah ilmu fardhu ain yang terdiri daripada ilmu akidah, fiqh dan tasawwuf. Jangan lupa pula ilmu tajwid perlu dipelajari. Menurut Dr. Sheikh Omar Kalash, penasihat pondok Baitussaadah, seafdhal-afdhal ilmu ialah ilmu akidah. Kenapa akidah? Hal ini kerana ilmu akidah merupakan tunjang iman seseorang untuk mengabdikan diri kepada Allah. Jika rosak akidah, rosak segala amal ibadat kerana seseorang itu teguh imannya dengan hanya mendalami ilmu akidah. Menurut Imam Ghazali, tidak sah ibadat seseorang tanpa mengenal Allah. Nah, betapa pentingnya ilmu akidah dalam kehidupan seharian. Dalam membicarakan kepentingan ilmu fardhu ain, menjadi persoalan pula tentang ketuhanan atau ilahiyyat . Ada yang mendakwa Allah berada di langit, ada pula berkata Allah ada di mana-mana malah ada juga yang berkata Allah itu meresap dalam diri. Kesemua dakwaan ini salah bahkan merosakkan akidah kerana menyamakan Allah dengan makhluk. Firman Allah dalam Surah ash-Shura ayat 11: ٌ ء ْ ي َ ش ِ ه ِ ل ْ ث ِ م َ ك َ س ْ ي َ ل Maksud: Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia Oleh itu, cukup mengatakan bahawa Allah wujud tidak bertempat. Allah merupakan pencipta sesuatu dan tidak berhajat kepada ciptaan-Nya. Maka, segala kekeliruan tentang Allah terjawab dengan mudah. Perkara lain yang dibincangkan ialah slogan ‘Allah wujud tidak bertempat’ merujuk kepada jemaah Sheikh Abdullah al-Harari sahaja atau ada agenda lain yang ingin menjatuhkan kelompok tertentu yang membenci Sheikh Abdullah al-Harari? Pertama, ‘Allah wujud tidak

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=