MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 8 | 2020
20 Justeru jurang perbezaan fahaman agama yang selama ini merenggangkan antara penganut berlainan agama dapat dirapatkan. Ini akan merintis jalan ke arah bekerjasama dan bertolak ansur. Keadaan harmoni ini akan membantu kita ke arah membina tamadun manusia yang lebih utuh, tanpa kebencian dan peperangan. Lawatan dan dialog antara agama yang harmoni juga akan dapat memupuk rasa saling menghoramati dan seterusnya mengakhiri dendam kesumat dan permusuhan antara penganut agama yang berlainan. Seterusnya, persatuan dan silatur rahim akan dapat diwujudkan bersama. Lawatan dan dialog antara agama juga memberi peluang kepada agama yang sering dieksploitasi seperti agama Islam untuk menjelaskan hakikat sebenar kepalsuan tuduhan tersebut dan untuk berkongsi hakikat kecantikan dan keindahan Islam yang sejati kepada penganut agama lain serta kepada seluruh dunia. Selain itu, lawatan dan dialog antara agama juga merupakan antara wadah terbaik untuk berdakwah dan membimbing manusia ke jalan yang benar dan cara hidup yang lebih baik. Ia juga menjunjung konsep rahmatan lil ‘alamin. Sebagai kesimpulan, kita perlu berhati-hati dalam membuat hukuman dan dakwaan apatah lagi sekiranya isu itu diluar bidang kita. Kepada masyarakat awam pula, janganlah mudah terpengaruh dengan berita yang ditularkan. Seeloknya kita mengkaji atau bertanya terlebih dahulu. Itulah juga ajaran Islam yang menghendaki kita bertanya kepada orang yang berilmu dan memeriksa dahulu kesahihan sesuatu berita yang disampaikan. Dalam masa yang sama, marilah kita sama-sama menghormati struktur kurikulum dan program atau aktiviti universiti yang mungkin berbeza dengan struktur kurikulum di sekolah atau sedikit berbeza dengan amalan dan fahaman biasa masyarakat awam. Suasana di kampung pendalaman dan di universiti adalah berbeza. Di peringkat Universiti, mahasiswa akan dilatih bukan sahaja di dalam bilik kuliah atau tutorial, tetapi mereka turut dilatih di dalam pelbagai industri dan organisasi dalam dan luar negara, masyarakat dan komuniti berbilang kaum dan agama, ke luar turun padang atau masuk ke hutan, menggunakan teknologi lama, moden dan terkini dan bermacam-macam lagi. Itu semua, antara lain, bagi melahirkan mahasiswa/wi yang seimbang, berdaya saing, berilmu dan berpengalaman, berkepimpinan dan terkehadapan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=