MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 8 | 2020

19 Sebagai contoh, al-Quran mencetuskan idea pemikiran berdialog dengan menyebut di dalam surah an-Naml, (27):64: Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar ". Malah, kisah pencipataan Manusia juga diabadikan dalam bentuk dialog di dalam al-Quran iaitu dialog antara Allah, Malaikat dan Nabi Adam…malah terdapat juga dialog antara Allah dan Iblis sebagaimana yang diabadikan dalam surah al-Baqarah, (2):30-38, surah al-A’raf, (7):11-25 dan lain-lain tempat. Hakikatnya, secara keseluruhan wahyu selaku kalam Allah adalah sebahagian daripada dialog ketuhanan kepada manusia. Ungkapan-ungkapan al-Quran seperti dalam bentuk amr (perintah) dengan ungkapan qul (katakanlah), atau dalam bentuk seruan: ya ayyuha ladhina amanu (wahai orang-orang yang beriman), ya ayyuhan nas (wahai manusia), ya ayyuhan nabiyy (wahai Nabi) dan lain-lain ungkapan adalah sebahagian dari bentuk dialog. Begitu juga keseluruhan wahyu itu apabila Nabi saw membacakannya dan didengari oleh para sahabat waktu itu, tidak terkeluar dari konsep umum dialog kerana Nabi saw berbicara kepada para sahabat. Hakikatnya, boleh disimpulkan bahawa kitab suci al-Quran adalah bacaan dialog daripada Allah kepada manusia. Justeru, apabila kita membaca al-Quran, sepatutnya kita memahami dan merasakan bahawa wahyu Allah itu sedang bercakap kepada kita dan memerintah atau menyuruh kita melaksanakan apa yang dibaca. Al-Quran bukan sekadar berdialog dengan manusia untuk mengajak kita beriman kepada Allah, bahkan al-Quran juga berdialog tentang alam semesta dan persoalan-persoalan ghaib. Sifat dialog al-Quran ini merupakan antara keunikan al-Quran yang tidak terdapat dalam mana-mana kitab suci lain. Terdapat pelbagai tujuan, kepentingan dan faedah dalam mengadakan lawatan dan dialog antara agama. Antaranya ialah: Lawatan dan dialog antara umat beragama dapat menghilangkan rasa saling curiga mencurigai yang selama ini menyelubungi perasaan penganut pelbagai agama. Ini kerana menerusi lawatan dan dialog yang harmoni, masing-masing penganut dapat mengenal dan mengetahui serta memahami selok-belok pegangan dan anutan masing-masing.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=