MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 8 | 2020

1 SIDANG EDITOR MAJALAH AL- HIKMAH SESI 2019/2020 PENAUNG Profesor Madya Dr. Mohd Faizal Kasmani Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan PENASIHAT Prof Madya Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni Dr Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali Dr Mohamed Mihlar Bin Abdul Muthaliff Dr Ahmad Najaa’ Bin Mokhtar Dr Mohd Rosmizi Bin Abd Rahman KETUA EDITOR Dr Marina Munira Bt Abd Mutalib TIMBALAN KETUA EDITOR Mohammad ‘Izzuddin bin Mohamad Ares EDITOR PENGURUS Dr Roslizawati Bt Mohd Ramly SETIAUSAHA Ummi Anis Binti Jusoh EDITOR Mohammad ‘Izzuddin Bin Mohamad Ares DARI SIDANG EDITOR Setinggi-tinggi kesyukuran kami ucapkan kehadrat Allah Yang Maha Bijaksana yang merezekikan kami masa dan tenaga dalam memperjuangkan agama yang suci ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, rasul akhir zaman yang membawa rahmat kepada sekalian alam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat serta orang- orang yang mengikut jejak langkahnya sehingga hari akhirat. Majalah ini merupakan hasil karya para pensyarah dan pelajar Pengajian Akidah & Agama yang menghimpunkan beberapa artikel ilmiah dan separa ilmiah. Penulisan majalah ini bertujuan untuk mencungkil bakat penulisan dalam kalangan pelajar Pengajjan Akidah & Agama dan memberi platform kepada para pensyarah serta pelajar untuk berkarya secara penulisan akademik atau bukan akademik. Majalah Al-Hikmah edisi ke-lapan bertemakan beberapa cabang utama dalam bidang Pengajian Akidah & Agama iaitu Falsafah, Tasawuf, Akidah dan Perbandingan Agama yang memberikan pendedahan asas tentang pengenalan falsafah dan kepentingannya serta pengenalan teologi dan kewujudan kepelbagaian agama di dunia. Setiap artikel dibahagikan kepada beberapa kolumn seperti Tinta Pensyarah, Kalam Siswa, Jejak Alumni, Aktiviti Pelajar dan Kenali Pensyarah. Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia di atas sokongan yang diberikan bagi menjayakan majalah ini. Seterusnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada Ketua Program dan barisan pensyarah yang banyak membantu memantau proses gerak kerja Majalah Al- Hikmah. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan sidang editor yang telah bertungkus- lumus menyiapkan majalah daripada awal hinggalah ia berjaya diterbitkan. Moga usaha ini diberkati dan diredhai Allah dan menjadi antara saham kebaikan di akhirat kelak.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=