MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 8 | 2020
17 Keterangan ini sudah cukup jelas untuk menjernihkan salah faham atau kekeliruan sesetengah pihak. Ia juga terus menghakis fitnah yang cuba ditaburkan oleh golongan yang tidak betanggungjawab. Jelas lagi nyata bahawa aktiviti lawatan ke kuil tersebut hanyalah antara aktiviti akademik/ilmiah dan penyelidikan mahasiswa/wi universiti berkenaan. Sebenarnya, inilah adalah antara kelebihan menuntut ilmu di menara gading dimana mahasiswa/wi bukan sahaja di ajar di dalam dewan kuliah berhawa dingin, malah mereka turut dikehendaki “turun padang”, melihat dan mengambil pengalaman secara “live” tentang ilmu yang mereka pelajari. Penulis dan rakan-rakan penyelidik juga telah beberapa kali mengunjungi pusat, gereja atau kuil penganut bukan Islam bagi mendapatkan data, informasi tepat tentang tajuk kajian. Bukan setakat itu saja, aktiviti dialog antara agama telah biasa diadakan di institusi pengajian tinggi di mana wakil-wakil penganut agama lain diundang berkongsi ilmu dan pengalaman tentang subjek yang dibincangkan. Kesemua ini akan memupuk sikap toleransi, mahabbah, saling menghormati anatar penganut agama dan seterusnya dapat mengekalkan keharmonian dan keamanan antara agama. Sebenarnya, aktiviti antara agama ini telah lama berlaku semenjak di zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat dan para tabi’in dan ulama awal lagi. Nabi Muhammad dan para Sahabat telah menunjukkan sikap toleransi antara agama yang begitu tinggi seperti kisah toleransi Nabi Muhammad s.a.w terhadap delegasi Kristian Najran. Sejarah yang tulen telah membuktikan bahawa begitu ramai ulama-ulama Islam telah berkicampung dalam aktiviti antara agama samaada melalui pelbagai penulisan, lawatan dan dialog, toleransi dan sebagainya sehinggakan telah berjaya melahirkan khazanah Ilmu Perbandingan Agama di dunia hatta diiktiraf oleh sarjana Barat. Antara ulama’ awal yang telah berkicampung dalam Ilmu Perbandingan Agama samaada dengan agama Kristian, Hindu, Yahudi dan sebagainya ialah seperti Abu al-Hudayl al-’Allaf (226/840), Abu ‘Amr Hafs al-Fard (132/749), Abu ‘ali al- Juba’I (179/795), Dirar ibn ‘Amr (184/800), Ya’kub ibn Ishaq al-Kindi (260/873, Ahmad ibn al- Tayyib al-Sarakhsi (287/900), al-Qasim ibn Ibrahim al-Hassan (200/815-211/826), Bishr ibn al-Mu’tamir (210/825), Khalifah Muhammad al-Mahdi (164/781), Hisham ibn al-Hakam (d. 179/796), Ali ibn Musa al-Rida (203/815), Ibn Hazm (560/1064), Abu Bakr al-Baqillani (d. 404/1013). Turut dinukilkan ada antara ulama besar Muslim yang sanggup menjadi penyapu di kuil Hindu semata-mata ingin menuntut ilmu tentang agama Hindu dari pendeta Hindu. Ini adalah antara keihklasan, keterbukaan dan sikap objektif ulama awal dalam memastikan mereka mendapat ilmu dari sumber utama dan secara terus dari sumber atau orang yang diiktiraf oleh agama tersebut.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=