MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 8 | 2020

16 tentang Ilmu Perbandingan Agama, Sosiologi/Antropologi Agama, Sosiologi/Antropologi Dakwah atau apa-apa subjek yang berkaitan dengan agama lain atau masyarakat berbilang kaum. Antara universiti yang mengajar subjek-subjek ini dan mahasiswa/si yang telah terbiasa dengan program antara agama ialah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Malaya (UM). Sebagai contoh, USIM menawarkan Program Pengajian Akidah dan Agama di bawah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Melalui program ini, mahasiswa/wi berpeluang mempelajari empat bidang utama iaitu Akidah, Tasawwuf, Perbandingan Agama dan Falsafah. Menerusi bidang Perbandingan Agama, mahasiswa/wi akan mempelajari subjek-subjek berkaitan pelbagai agama seperti agama Islam, Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu, Tao, Kunfusius, agama moden dan sebagainya. Mereka juga didedahkan dengan pelbagai metod kajian agama, Perbandingan Agama dalam sejarah Islam, program lawatan dan dialog ilmiah antara agama, cara mencapai keharmonian dan keamanan antara agama, pengukuhan toleransi dan cara hidup bersama antara agama dan lain-lain lagi. Progam dan aktiviti sebegini merupakan tambahan yang bermanfaat kepada pembelajaran formal di dalam bilik kuliah. Alhamdulillah, tidak lama selepas tularnya isu tersebut, kemudiannya pihak Universiti mahasiswa/wi berkenaan telah tampil membuat penjelasan sebenar dan menafikan fitnah serta salah faham yang telah disebarkan sebelum ini. Pihak universiti telah memberi penerangan dengan jelas. Antaranya ialah seperti yang tercatat di blog Islamik Media: “Program / aktiviti ini adalah kajian lapangan @ penyelidikan pelajar bagi kursus Agama dan Masyarakat (CDA20803), ISM Sains Sosial ( Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian. Setiap pelajar yang mengikuti kursus ini ditugaskan dan diminta untuk membuat kajian lapangan @ penyelidikan mengenai praktis agama dan juga kepercayaan masyarakat.” Ini menepati rasa gerak hati penulis sewaktu mula-mula mendapat berita kritikan aktiviti tersebut. Iaitu ia sebenarnya adalah aktiviti akademik sebagai pelengkap kepada subjek- subjek berkaitan dan bukanlah mereka menyertai upacara keagamaan seperti tuduhan tersebut. Antara penerangan lain: “Satu kumpulan mahasiswa seramai 13 orang telah memilih sebuah kuil di Kuala Terengganu untuk menjalankan kajian lapangan / penyelidikan bagi memahami praktis agama Hindu. Aktiviti ini telah mendapat persetujuan pihak kuil dan makanan yang dihidangkan telah disediakan oleh pihak katering Muslim. Mereka hanya terlibat sebagai penyelidik/pemerhati sahaja dalam aktiviti temubual bersama responden. Mereka tidak terlibat langsung dalam mana-mana ritual agama Hindu yang dilakukan di kuil tersebut.”

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=