MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 8 | 2020

15 AKTIVITI LAWATAN DAN DIALOG ANTARA AGAMA: MENJAWAB SALAH FAHAM DAN PRASANGKA Dr. Mohd Rosmizi Bin Abd Rahman Ketua Program, Program Pengajian Akidah dan Agama Pengarah, Akidah and Global Outreach Centre (Pusat Akidah dan Jaringan Global) Pengarah, Jawatankuasa Pengurusan Isu Akidah Ziarah menziarahi, lawatan, dan berdialog atau berkomunikasi adalah antara aktiviti kebiasaan kita yang merupakan makhluk yang bersosial. Malah dalam agama Islam, aktiviti ini amat dituntut terutamanya dikalangan ahli keluarga dan sanak saudara dan Islam telah menggariskan adab, hikmah dan peraturannya. Jadi, aktiviti ziarah, lawatan dan dialog ini tidak mempunyai isu yang ketara sekiranya ia berlaku dikalangan keluarga atau penganut agama yang sama seperti sesama masyarakat Muslim. Isu mula timbul apabila aktiviti ini berlaku diantara penganut agama berbeza, iaitu rentas agama dan budaya. Walaupun sudah ramai yang mula memahami kepentingan aktiviti lawatan dan dialogi antara agama, namun, secara praktisnya, ia masih belum membumi, iaitu ia masih tidak dipraktiskan di peringkat masyarakat, malah masih terdapat sebahagian masyarakat yang mencurigai atau salah faham terhadap aktiviti ini. Salah faham dan prasangka terhadap aktiviti lawatan dan dialog antara agama boleh dilihat dalam aspek berlainan. Antara contohnya ialah salah faham individu terhadap aktiviti lawatan mahasiswa Muslim ke kuil-kuil bukan Muslim. Pernah tular di media sosial salah faham tentang aktiviti sekumpulan mahasiswa/wi Muslim dari universiti tempatan yang telah melawat komuniti penganut agama Hindu di kuil Hindu. Antara tuduhan melulu yang telah disebarkan (yang hanya berdasarkan interpretasi dari beberapa keping gambar yang tersebar) ialah: bahawa kononnya mahasiswa/wi tersebut telah menyertai upacara keagaaman agama Hindu; bahawa aktiviti tersebut tidak wajar dan merosakkan akidah; bahawa aktiviti tersebut adalah dakyah pluralisme dan lain-lain. Ayat-ayat al-Quran berkenaan kafir, kufur, syirik, neraka dan lain-lain telah dipergunakan untuk menyokong interpretasi melulu tersebut. Bukan setakat itu saja, aktiviti lawatan mahasiswa/wi ke kuil tersebut juga dituduh merbahaya dan mereka diarahkan bertaubat. Penulis selaku pensyarah Perbandingan Agama yang sememangnya telah lama menyertai dan merangka program antara Agama turut ditanya oleh kawan-kawan sekerja mengenai penularan isu tersebut. Sekilas pandang kepada gambar-gambar yang ditularkan, penulis terus dapat mengagak bahawa ini adalah salah faham terhadap lawatan akademik/ilmiah atau dialog ilmiah yang sudah biasa dijalankan oleh mahasiswa/wi yang mengambil subjek-subjek

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=