MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 7 | 2019

Konsep Berhala Hindu dan Men - genali Lima Epik Agung Tamil. Kemudian, tajuk yang berkaitan agama Buddha pula adalah seperti Mengenali Ciri-Ciri Ajaran Bud- dha. Buku ini juga mengandungi esei yang berkaitan dengan orang Melayu seperti Hak Istimewa Orang Melayu, Perihal Raja-Raja Melayu, Kisah Tentang Melayu, Memahami Minda Melayu ser- ta Memahami Masalah Melayu. Uthaya Sankar SB adalah seorang penulis yang berbakat dan berpen- galaman luas. Hal ini diakui oleh gurunya, Othman Puteh (1944- 2003), yang menyatakan dalam buku Uthaya Sankar yang berta - juk Siru Kambam (1996): “Utha - ya Sankar adalah seorang penu- lis muda yang berbakat.” Beliau pernah berkhidmat sebagai pen- syarah di pelbagai kolej swasta dan editor di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama Radio. Malah, beliau juga ada - lah kolumnis di pelbagai portal berita alternatif Malaysia seperti Malaysian Free Today, Malaysian Insider dan Roketkini. Malah Sas - terawan Negara, A. Samad Said (lahir 1935) juga pernah menilai buku Malaiur Manikam sebagai kumpulan esei yang sedikit seb- nyak berakar pada sikap Uthaya Sankar yang melawan dan bukan menurut. Apa yang disajikannya menerusi esei-esei tersebut wajar dibaca, diteliti, didalami dan diper- tengkar (dibahas) secara objektif. Isu yang disuluh dan dianalisis dalam artikel ini adalah menge- nai konsep eka aneka dalam ag- ama Hindu yang dikatakan sama dengan konsep al-Asmā’ al-Ḥus - nā dalam ajaran Islam. Uthaya Sankar telah mengungkapkan persamaan ini pada dua tempat dalam Malaiur Manikamnya. Perkara ini telah mengundang penulis untuk meneliti dan mem- berikan tanggapan yang objek- tif berkenaan konsep ketuhanan dalam ajaran Islam dan Hindu. KONSEP EKAANEKA DALAMAJARAN HINDU Perkataan eka aneka adalah ber- asal daripada perkataan Sanskrit. Eka bermaksud satu ataupun tung- gal. Manakala aneka pula ber - maksud banyak ataupun pelbagai. Konsep inilah yang mendasari konsep ketuhanan dalam agama Hindu. Dalam ajaran Hindu, Tu - han difahami dan dipercayai bersi- fat eka aneka, iaitu satu dalam ke- pelbagaian dan kepelbagaian yang satu. Dalam menghuraikan konsep 7

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=