MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 7 | 2019
EKA ANEKA BUKAN AL-ASMĀ’ AL-ḤUSNĀ: PENELITIAN KE ATAS KONSEP KETUHANAN DALAM AGAMA HINDU DAN ISLAM Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali (Ph.D), Mastura Haji Abd Wahab PENDAHULUAN Pada tahun 2015, seorang penu - lis India bernama Uthaya Sankar SB telah menerbitkan bukunya yang bertajuk Malaiur Manikam. Menurut penulis ini, perkataan ‘Melayu’ adalah berasal dari- pada perkataan Tamil ‘Malaiur’ yang bermaksud negeri bukit-bu- kau. Manikam pula, seperti yang didefinisikan oleh Kamus De - wan Edisi Keempat, adalah batu permata atau intan. Oleh itu, Malaiur Manikam adalah sebuah buku yang berkisarkan isu-isu ‘berharga dan mahal’ berkenaan Malaysia atau Tanah Melayu. Malaiur Manikam adalah se- buah buku terbitan Dubook Press yang mempersembahkan koleksi 25 buah esei mengenai pelbagai topik seperti isu-isu kebudayaan, keagamaan dan sejarah pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Antara topik yang telah dimasuk- kan dalam buku ini adalah seper- ti: Lembu Dalam Budaya Hindu, makna Sebenar Thaipusam, Pong - gal Bukan Sekadar Pesta Menuai, Veda Sebagai Asas Hinduisme, 330 Juta Tuhan Hindu, Memahami kALAm siswa 6
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=