MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 7 | 2019

gajian, ada yang mengalami ma- salah luar seperti putus cinta dan sebagainya. Jadikan itu semua ha- nyalah sekadar “iklan,” apa yang penting ialah teruskan belajar dan seimbangkan perkara tersebut dengan pelajaran supaya tujuan asal itu dapat dicapai. Saya juga ingin menasihati para pelajar, kalau boleh cuba kaitkan apa yang kita belajar ini dengan apa yang berlaku di sekeliling kita, dengan kata lain cuba “alert den- gan current issue”, sebab itu semua akan menjadi penambahbaik ke- pada ilmu dan pengalaman yang kita timba di dalam universiti. Tambahan pula apabila kita kel- uar nanti mungkin kita akan di- jadikan rujukan oleh rakan se- kerja atau masyarakat berkenaan dengan masalah-masalah akidah dan isu antara agama. Selain itu, kalau boleh saya tambah, cuba ceburi dan libatkan diri dengan persatuan-persatuan dan pelbagai aktiviti, jangan hanya berkurung dalam bilik sahaja. Kerana kamu semua perlu untuk menjadi ma- hasiswa yang komprehensif yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Oleh itu, tidak cukup hanya mem- baca buku dan lulus peperiksaan sahaja, tetapi seorang mahasiswa juga seeloknya menyertai pelbagai aktiviti, menguasai soft skill, lead- ership, social skill, business skill, tahu mengurus program, menulis surat, komunikasi dan sebagainya kerana itu semua adalah kriteria yang diperlukan untuk bekerja ke- lak. Oleh itu, belajarlah bersung- guh-sungguh dan sertailah pel- bagai persatuan serta program dan cuba seimbangkannya dengan baik. Akhir sekali, suka saya ingat- kan, antara perkara yang paling penting ialah sentiasa yakin kepa- da Allah, percayakan diri sendiri, dan baiki hubungan dengan ibu bapa. Kalau boleh mohon doa dari mereka setiap kali sebelum mene- mpuh peperiksaan. Semoga semua diberkati Allah. Sekian.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=