MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 7 | 2019
ta pelbagai peluang kerjaya. Ada graduan jurusan ini bekerja se- bagai pegawai tadbir dan diploma- tik, ada yang bekerja sebagai guru, penyelidik, pensyarah malah ada yang menjadi pengurus, lembaga pengarah dalam syarikat dan se- bagainya. Apatah lagi graduan kita juga di bekalkan dengan kemahi- ran dalam pengurusan, Latihan Industri, soft skills dan sebagainya. Tambahan pula syarikat-syarikat sekarang cenderung untuk men- awarkan jawatan kerja kepada pekerja-pekerja yang mempunyai “Islamic value” sebab ianya leb- ih menjamin dari segi amanah, akauntibiliti dan lebih dipercayai beranding dengan pekerja-pekerja yang mempunyai fahaman pendi- dikan sekular tetapi tidak mem- punyai adab dan moral akhirnya mengakibatkan berlaku pecah amanah, rasuah dan sebagainya. Selain itu, saya nasihatkan para pelajar untuk mengamalkan ayat seribu dinar yang mana rangkap awal ayat ini menyatakan bahawa “Sesiapa yang bertaqwa kepada Al- lah nescaya Allah akan buka jalan.” Kebiasaanya pelajar akan mengha- dapi ujian, masalah dan sebagain- ya seperti tugasan terlalu banyak, kekurangan duit dan sebagainya. Jadi berpeganglah dengan ayat seribu dinar ini dan tingkatkan ke- taqwaan kita kepada Allah. Insya Allah, Allah akan buka jalan kelu- ar sebab setiap masalah mesti akan ada jalan keluar. Saya juga suka untuk menasihatkan para pelajar supaya cuba luaskan minda anda dan jangan hanya fikir melalui bidang ini kita sekadar layak men- jadi ustaz dan ustazah sahaja. Pada masa sekarang, ramai orang atau syarikat memerlukan pro- fessional dari ahli agama seper- ti tv AL-HIJRAH dan TV9 yang kebelakangan ini memerlukan tenaga kerja yang berpendidikan Islam. Apatah lagi kebanyakan syarikat mempunyai unit atau bahagian agama, ini termasuklah syarikat-syarikat swasta dan ker- ajaan seperti polis, hospital dan sebagainya. Oleh itu, belajarlah bersungguh-sungguh ketika bera- da di universiti, gunakan tempoh 4 tahun ini sebaik-baiknya kerana ianya akan menjadi bekalan bagi kita apabila melangkah ke alam pekerjaan nanti. Tidak dinafikan, mungkin ada di kalangan pelajar yang terpaksa bekerja sambil belajar, ada yang berhadapan dengan masalah ke- wangan atau masalah dalam pen-
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=