MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 7 | 2019

kitab oleh berikan bukan hanya terhad di peringkat nasional teta- pi ia melangkau ke peringkat an- tarabangsa. Sebagai contoh, kita berpeluang menjawab salahfaham dan menerangkan kecantikan Ag- ama Islam kepada masyarakat bu- kan Islam dalam dan luar negara yang telah sering salah faham ten- tang Agama Islam akibat spekula- si dan niat serong pihak tertentu terutamanya melalui media-media Barat. Melalui bidang ini, kita berpel- uang untuk memberi penjelasan yang sebenar tentang kecantikan Islam “the beauty of Islam” dan membetulkan salah faham mer- eka terhadap Islam. Begitu juga sebaliknya, melalui pengajian dan pengalaman yang ditimba dari ilmu Perbandingan Agama, kita juga berpeluang membetulkan salah faham masyarakat terhadap agama-agama lain. Selain itu, kita boleh memberi penjelasan dan menjawab tomahan mereka secara akademik. Sewaktu saya berada di Austra- lia saya berpeluang untuk men- erangkan kepada masyarakat di sana tentang Agama Islam dan menjawab soalan-soalan yang “fa- mous” seperti tentang poligami, ji- had dan sebagainya. Ternyata ma- sih ramai masyarakat di luar sana yang mempercayai berita tidak benar tentang Islam, justeru ra- mai di antara mereka yang masih takut terhadap Islam dan Muslim, gara-gara mempercayai berita dan gambaran tidak tepat dari media sosial Barat. Melalui cara ini mereka dapat memahami tentang Islam dan perasaan takut dan sangsi terhadap Islam dan Muslim mula terhakis. Saya rasa, perkara seperti inilah yang menjadi motivasi mengapa saya memilih bidang ini dan masih kekal dalam bidang Perbandingan Agama ini sehingga sekarang. Apakah pesanan Dr. kepa- da pelajar-pelajar? Pesanan saya kepada pelajar ialah teruskan belajar,”don’t give up” ini antara prinsip yang selalu saya pegang. Hal ini kerana, apabila kita telah belajar sesuatu bidang itu se- benarnya kita telah dipilih oleh Al- lah. Ada pelajar yang fikir aku nak kerja apa kalau masuk bidang ini? Adakah cukup untuk jadi ustaz dan ustazah sahaja? Sebenarnya bidang ini mempunyai banyak peluang pekerjaan dan mencip- 18

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=