MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 7 | 2019
الحكمة Setinggi-tinggi kesyukuran kami ucapkan kehad- rat Allah Yang Maha Bijaksana yang merezeki- kan kami masa dan tenaga dalam memperjuang- kan agama yang suci ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ra- sul akhir zaman yang membawa rahmat kepada sekalian alam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat serta orang-orang yang mengikut jejak langkahnya sehingga hari akhirat. Majalah ini merupakan hasil karya para pensyarah dan pelajar Pengajian Akidah & Agama yang menghimpunkan beberapa artikel ilmiah dan separa ilmiah. Penulisan majalah ini bertujuan un- tuk mencungkil bakat penulisan dalam kalangan pelajar Pengajjan Akidah & Agama dan memberi platform kepada para pensyarah serta pelajar un- tuk berkarya secara penulisan akademik atau bu- kan akademik. Majalah Al-Hikmah edisi kelima berte- makan dua cabang utama dalam bidang Pengajian Akidah & Agama iaitu Falsafah dan Perbandingan Agama yang memberikan pendedahan asas ten- tang pengenalan falsafah dan kepentingannya serta pengenalan teologi dan kewujudan kepel- bagaian agama di dunia. Setiap artikel dibahagikan kepada beberapa kolumn seperti Tinta Pensyar- ah, Kalam Siswa, Jejak Alumni, Aktiviti Pelajar dan Kenali Pensyarah. Sekalung penghargaan kami ucap- kan kepada Fakulti Kepimpinan dan Penguru- san (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia di atas sokongan yang diberikan bagi menjayakan majalah ini. Seterusnya, ribuan terima kasih diu- capkan kepada Ketua Program dan barisan pens- yarah yang banyak membantu memantau proses gerak kerja Majalah Al-Hikmah. Akhir sekali, juta- an terima kasih diucapkan kepada barisan sidang editor yang telah bertungkus-lumus menyiapkan majalah daripada awal hinggalah ia berjaya diter- bitkan. Moga usaha ini diberkati dan diredhai Al- lah dan menjadi antara saham kebaikan di akhirat kelak. SIDANG EDITOR MAJALAH AL-HIKMAH SESI 2018/2019 PENAUNG Profesor Madya Dr. Mohd Radhi Bin Ibrahim Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan PENASIHAT Prof Madya Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni Dr Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali Dr Mohamed Mihlar Bin Abdul Muthaliff Dr Ahmad Najaa’ Bin Mokhtar Pn Marina Munira Bt Abd Mutalib KETUA EDITOR Dr Mohd Rosmizi Bin Abd Rahman TIMBALAN KETUA EDITOR Mohammad ‘Izzuddin bin Mohamad Ares EDITOR PENGURUS Pn Roslizawati Bt Mohd Ramly SETIAUSAHA Ummi Anis Binti Jusoh SIDANG EDITOR Nur Aziemah Bt Azemi WARTAWAN Ahmad Rahimi Bin Ridzuan Muhammad Shukri Bin Dusi Muhammad Adzrall Adznan Bin Mohd Ayub PEREKA BENTUK GRAFIK Mohammad ‘Izzuddin Bin Mohamad Ares DARI SIDANG MEJA EDITOR..
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=